PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Jumaat, 13 Jun 2008

AWAL AGAMA MENGENAL

“AWALUDIN MAKRIFATULLAH”
(AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH)


Mengenal Allah merupakan Syarat Pertama dan yang UTAMA untuk mendapatkan keampunanNYa. Ini diikuti dengan syarat-syarat beriman kepada Allah yakni mebenarkan KewujudanNya, mentaati akan segala perintahNya dan mengamalkan dengan tiada merasa ragu dan bimbang akan kewibawaannya.

Ada beberapa cara yang dianjurkan oleh para `Alim `Ulama untuk mengenal Allah. Setengah cara yang dianjurkan itu ada yang kemudiannya menjadi Fardhu `Ain, yakni wajib dipelajari tanpa mempersoalkannya dan ada yang menjadi Fardhu Kifayah yakni perlu didalami.

Awaluddin Makrifatullah @ Awal Agama itu Mengenal Allah. Maksudnya hidup seseorang itu Muslim itu diwajibkan mengenal Allah terlebih dahulu.

1. Wajib – Perkara yang tiada diterima oleh akal akan tiadanya, maka wajib mesti ada.
2. Mustahil – Perkara yang tiada diterima oleh akal adanya.
3. Jaiz(harus) – barang yang sah pada akal adanya dan tiadanya.

Dengan mengenal Allah itu akan terbit rasa cinta dan keinginan untuk sentiasa menghampirkan diri kepada Nya dengan kesedaran yang penuh bahawa kepadaNya sahajalah kita mengharapkan pertolongan, sebagai hamba yang sebenar-benarnya hamba tiada daya upaya melainkan kepadaNya kita bergantung segala harapan.

Cara – Cara Mengenal Allah

1. Melalui Ilmu Sifat Dua Puluh(20).
2. Melalui Mengenal Diri.
3. Melalui Surah Al-Ikhlas.
4. Melalui Bismillahir Rahmanir Rahim.

Dewasa ini masyarakat kita rata-rata yang tidak berminat lagi untuk mempelajari Ilmu ini. Mungkin disebabkan gaya bahasa lama yang sukar difahami dan Istilah-istilah yang tidak dapat dihayati. Bahkan juga kebanyakkan kitab-kitab yang berkenaan dengan Ilmu Mengenal Allah itu seperti kitab Tauhid, Usuluddin dan sebagainya adalah didalam tulisan jawi lama yang telah ditinggalkan oleh generasi sezamannya. Dan juga tidak ramai generasi kini yang dapat melapisi Ilmu tersebut. Kelemahan dalam membaca tulisan jawi oleh generasi Mellenium (kini) antara satu faktor ilmu itu ditarik kembali oleh Guru Nan Sejati. Ramai `Ulama Ketuhanan yang berkaliber dan berwibawa telah meninggalkan kita, dan amat sedikit pewaris yang ada untuk menyampaikan ilmu ini, menyebabkan ilmu ini semakin pupus ditelan masa. Keadaan ini ditambah pula dengan sikap para penuntut ilmu Ketuhanan ini yang sambil lewa dan kurang bersungguh.