PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Selasa, 23 September 2008

Mengikut Ilmu Usuluddin yang berpandukan kepada Sifat 20, apabila makna sesuatu sifat itu sama tetapi berlainan kumpulan maka jadilah setiap perkataan itu berlainan maksudnya dan berlainan fungsinya.

Sifat Nafsiah dan Salbiah itu martabat Zat
Sifat Ma`ani itu martabat Ef’el
Sifat Maknuwiyah itu martabat Asma`

Sifat Nafsiah – Hal Yang Wajib Bagi Zat
Sifat Salbiah – Ibarat Dariapda Menafikan Barang Yang Tidak Layak Bagi Zat
Sifat Ma`ani – Tiap-Tiap Sifat Itu Ada Ia Bagi Zat.
Sifat Maknuwiyah – Segala-Gala Nama Itu Ada Ia Bagi Zat .
Adapun dinamakan Ma`ani kerana sifat itu ada kenyataan kelakuan yakni ada Alam ini. Dan Maknuyah itu dinamai martabat Asma` kerana sifat Maknuyah itu nama bagi Zat. Misalnya tiap-tiap zahir itu mesti bersifat. Tiap-tiap bersifat itu mesti mempunyai nama.

Sifat itu bererti iaitu Berkehendak pada Zat tempat untuk Ia Berdiri. Ini adalah disebabkan Sifat itu tidak boleh ada dengan sendiri melainkan diadakan oleh Zat dan Sifat itu juga tiada kuasa untuk mengadakan tiap-tiap sesuatu melainkan dengan adanya Zat. Dengan kata lain bermakna, KENYATAAN ataupun Dalil, iaitu Sekelian Alam, Lain daripada Allah Taala. Ertinya Alam ini iaitu, menerima perubahan, yakni tiada sunyi daripada berdiam dan tiada sunyi daripada bergerak.