PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Khamis, 10 November 2011

TAHQIQ SIRRUL INSAN_1


Adapun rahsia ini tiada boleh engkau bukakan kepada orang yang tiada berakal jika tiada kepada guru yang sempurna. Supaya selamat dunia akhirat. Inilah ilmu yang diturunkan oleh sekelian Anbia` dan Aulia` Allah dari Negeri Atas Angin Di Tanah Mekah Madinah dan Arab dengan berkat Syafaat Nabi kita Muhammad s.a.w. maka itulah yang di Alifkan oleh Tuhan yang maha suci , maka inilah ilmu yang dinamai ilmu ghaibul ghuyub maharaja segala ilmu. Maka inilah menghimpunkan barang yang empat;


1- Nafas,

2- Anfas,

3- Tanafas

4- Nufus
.

Adapun yang bernama Nafas itu keluar masuk hatinya itu dengan Jisim yang halus ibarat tumbuh – tumbuhan. Demikianlah halnya didalam rahsia batin. Adapaun Anfas itu perbuatan hakikat iaitu yang tetap pada tuhannya. Adapun Tanafas itu hakikat yang sempurna sebenar – benarnya kepada Allah Taala. Adapun erti Nufus itu perbuatan yang tiada berhakikat lagi kerana nyatalah Alif (hilang) didalam rahsianya iaitu terlebih ghaib daripada sekelian yang ghaib. Maka kekallah hidup orang itu nyawa dengan badannya dunia dan akhirat. Maka tiadalah berubah sekali –kali. Janganlah syak lagi.

Barangsiapa dapat menjalankan yang empat itu tetap didalam dirinya pertamanya Nafas kedua Anfas ketiga Tanafas keempat Nufus tiadalah bercerai – cerai yang empat itu, maka tiadalah ia menanggung rosak binasa.

Maka berkata Sheikh Muhammad Tibri r.a yang dipertuahkan oleh gurunya bermula sekelian yang dihidupkan oleh tuhan itu mestilah kita mahu tahu akan jalannya. Jika tiada tahu yang demikian itu maka tiadalah berguna hidup kita diakhirat.

Maka dinyatakan pula pada Nafas yang keluar masuk daripada hidup kita itu iaitulah yang dinamai sembahyang daim yang tiada berwaktu. Dan dinamai pula Syahadat yang tiada bersyuhud. Adapaun Nafas itu alamnya keluar tubuh badan kita, tetap ia didalam kalimah tauhid. Adapun ucapan yang tiada berkeputusan itu Nufus, tempatnya pada urat yang putih, jalan titinya halkom. Ialah yang memegang sekelian rasa yang tetap didalam rahsianya yang ghaib. Maka hilang lenyap akan ilmunya iaitulah yang diperintah oleh perbuatan Anfas kepada Alalm Lahut Bahrul Udum namanya kerana iaitulah Sirr kepada Makrifat. Maka hendaklah kita lenyapkan kepada Alam Lahut Bahrul Udum.

Khamis, 13 Oktober 2011

KATEGORI SEMBAHYANG

Seperti sabda Rasulullah s.a.w.
“bermula sembahyang itu ada 3bahagi :

1. Sembahyang orang-orang Mubtadi: Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala maka amalan ini syirik semata-mata.

2. Sembahyang orang-orang Mutawasitd : menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka diatas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu tidaklah ia terkena syirik.

3. Sembahyang orang-orang Mentahi : tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan lemah.

Semata-mata pandangannya didalam sembahyang itu tiada dengan kehendak melainkan Allah.


Maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang seperti sabda Abu Hurairah r.a. :-

Sembahyanglah kamu seperti Rasulullah sembahyang katanya ;

Takbirlah kamu seperti Rasulullah Takbir

Qiamlah kamu seperti Rasulullah Qiam

Rukuk` lah kamu seperti Rasulullah Rukuk

Sujudlah kamu seperti Rasulullah sujud

Tahyatlah kamu seperti Rasulullah Tahyat

Salamlah kamu seperti Rasulullah Salam