PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Khamis, 31 Disember 2009

DUNIA CIPTAAN ALLAH S.W.T

Dunia telah diciptakan oleh Allah s.w.t. yang ada pada Manusia hanyalah Laut Ilmu Allah sahaja iaitu, dikatakan Laut Qudrat, Laut Iradat, Laut Mutiara, Laut Gelombang (Ombak), Laut Buih, dan laut Bumi menjadi Tanah didalam dunia Fana` ini.

Tersebut kisah Adam a.s. yang dihantar oleh Jibrail kedalam Dunia ditarukkan Adam di tengah-tengah laut berupa batu hitam kalimah LA ILAHA ILLA yang lembut terapung-apung ditengah-tengah laut berdekatan pusaran air – Dengan Qudrat, Iradat Allah s.w.t. Lalu diciptakan Dunia Fana` ini yang ada sekarang. Kalimah La Ilaha Illa ini hendak dijadikan Adam seperti manusia biasa. Allah sediakan segala-gala tanah yang hendak dijadikan Adam didalam dunia ini seperti :- Tanah Baitul Muqaddis dijadikan kepalanya, Tanah Syurga dijadikan mukanya, Tanah Bukit Tursina dijadikan dua telinganya, Tanah Arab dijadikan dahinya, Tanah Kalkausar dijadikan giginya, Tanah Baitullah dijadikan tangan kanan, Tanah Parsi dijadikan tangan sebelah kiri, Tanah Hindi dijadikan dua kaki dan betisnya, Tanah Jabal Qaubis dijadikan tulang, Tanah negeri Babil dijadikan uratnya, Tanah `Arafah dijadikan belakangnya, Tanah negeri Khursan dijadikan perutnya, Tanah Syurga Firdaus dijadikan hatinya,Tanah Negeri Thab dijadikan lidahnya, Matahati daripada Ansar Nubuwah (Syuhud) dua mata kolam Kalkausar kemudian dijadikan Adam dengan sembilan pintu iaitu; dua mata, dua telinga, dua lubang hidung, mulut, dua pintu dibawah iaitu Dubur dan Qubul @ faraj (pintu depan dan belakang) .^

Dan dijadikan pancaindera yang lima iaitu melihat dengan mata, mendengar dengan telinga, mencium dengan hidung, menyentuh dengan tangan, merasa dengan lidah, menyuruh Allah akan nyawa masuk ke dalam tubuh Adam maka masuklah nyawa itu pada otak kepala Nabi Adam maka beredarlah kadar 200 tahun.

Apakala sudah menjadi bumi, daratan lalu ditempatkan Adam yang telah menjadi manusia diatas bukit Sarendiah dipulau Ceylon pada waktu malam, apakala fajar Nabi Adam sembahyang Subuh 2 Rakaat kerana bersyukur pertama ketibaan dipulau Sardiah, kedua kedatangan siang hari, - Adam turun dari Syurga membawa 4 helai daun. Apakala Nabi Adam berada diatas bukit Sarendiah maka didatangi oleh empat jenis haiwan menemui akan dia iaitu ulat, lebah, kijang, ikan. Permulaan didatangi Ulat (Syariat) diberinya sehelai dimakan Ulat itu tahinya dijadikan sutera. Kedua didatangi Lebah (Thariqat) diberikan sehelai dimakannya menjadi madu. Ketiga didatangi oleh Kijang (Hakikat) diberi sehelai menjadi Kasturi. Keempat didatangi oleh Ikan (Makrifat) diberikan sehelai dimakannya lalu menajdi Damar.

Setelah beberapa lama Adam berada diBukit Sarendiah Nabi Adam pun turun dari bukit itu hendak mengembara kerana hendak mencari isterinya, Siti Hawa. Maka mengembaralah ia dari satu tempat ke tempat yang lain sehinggalah sampailah masanya selama 4 ratus tahun. Akhirnya dengan kehendak Allah s.w.t. Yang Maha Suci maka Nabi Adam pun sampailah ia di Madinah dan bermalamlah ia disana, pada waktu siang iapun meneruskan perjalanannya maka sampailah dipadang Arafah dengan kuasa Allah s.w.t. lalu bertemulah dengan isterinya Siti Hawa dipadang Arafah. Hawa diturunkan Jibrail di Jeddah berhijrah sampailah ke Padang Arafah tinggal di Gua Jabal Rahmah.

Disinilah ia duduk sehingga dipertemukan oleh Allah s.w.t. dengan suaminya. Apabila bertemu keduanya bersyukurlah ia kepada Allah s.w.t. Lalu Adam pun pergi tawaf, yang Allah s.w.t. sudah sediakan yang ianya telah mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Nabi Adam tawaf kerana mencuci segala dosa yang berada dianggota yang tujuh pintu. Nabi Adam bertawaf sebanyak tujuh kali pusingan oleh sebab kesalahan memakan buah Khuldi yang dilarang oelh Allah s.w.t. Apabila habis Nabi Adam bertawaf, Siti Hawa pun membawa Nabi Adam ke tempat kediamannya didalam bukit Gua Jabal Rahmah, tinggallah mereka berdua didalam gua itu bersuka ria kerana sekian lamanya mereka berpisah.

Dihadapan gua itu ada sepohon pohon Besar penuh duri oleh kerana mereka hendak memakan buahnya terpaksalah Nabi Adam memanjat pokok itu dengan bersusah payah kerana banyak duri pokok itu akhirnya sampai juga kedahan yang bawah sekali, dapatlah ia memanjat ke atas mengambil buahnya dijatuhkan kebawah dan Siti Hawa pun mengumpulkan, apakala sudah banyak dikumpulkan Siti Hawa, Maka Nabi Adam turunlah daripada pohon itu makanlah keduanya buah itu.

Kemudian Nabi Adam pun pergi mencari ikan kemudian diberikan kepada Siti Hawa, tetapi meeka tidak tahu memasaknya kemudian Siti Hawa pun tarukkan ikan itu diatas pasu yang panas sehingga masak sedikit lalu mereka berdua memakan ikan itu smenjak itu menjadi pelajaran bagi mereka berdua, mereka mencuba menjadikan api akhirnya berjaya juga menyala api dan senanglah bagi mereka hendak memasak, barulah mereka tahu apa gunanya api itu. Api boleh memasak segala makanan dan tahu pula segala jenis makanan dan daripada biji-bijian dan tahu menanam sehingga Nabi Adam menjadi seorang petani berusaha membuat kebun dan ladang yang luas banyak hasil diperolehi mereka selain daripada ia pergi, memburu binatang sehingga berjaya mendapatkan lembu, kambing dan sebagainya dan tahu pula menggunakan lembu untuk bercucuk tanam begitulah kehidupan sehari-hari.^

bicara guru kepada murid, oleh itu merujuklah kalian pada guru nan mursyid mendapat hidayah dr Allah. jika akal menolak, maka hindarilah dari meracuni minda, HARUS bg mukallaf menerima atau menolak...

Rabu, 9 Disember 2009

Mengenali Ahli Sufi :- Siapa Mereka dan Apa Yang Mereka Buat ?

Oleh Shahidan Radiman

Pendahuluan
Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tarekat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini. Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu. Oleh itu , orang awam yang membaca laporan dan berita negatif tentang orang Sufi mudah percaya dengan laporan tersebut sehingga mereka memandang serong orang Sufi dan orang yang bertarekat. Akhirnya , intipati dan mahkota ajaran Islam yang terpendam dalam ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam , tidak dihargai dan yang parah lagi tidak dapat direalisisakan dalam bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yang semakin rapuh dan ternoda dengan pelbagai gejala sosial aliran Barat.
Ahli Sufi dan ciri-cirinya
Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik ( pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah . Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar). Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w , para anbiya’ a.s , Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.
Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi Madyan dll) . Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup ( bertaraf waliyullah) . Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah , amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu . Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi . Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat –ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman ( contohnya , apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka , atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).
Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka ( dalam banyak hal secara yakazah , bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nurmuhammad dan martabat tujoh. Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.
Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .
Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi , keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi . Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh ( baik manusia yang hidup mahupun yang mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri . Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini , melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain , tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al –Haqq.
Orang Sufi dan orang awam
Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat , tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (lemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat –ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t ( biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar , 4 malaikat utama mesti turun , 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain –seperti mementang syihir , memindahkan penempatan jin , mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain . Tapi , masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri .Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “ assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah” . Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.
Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewaliyan. Itu sebab tarekat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tarekat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu ). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al –Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama .
Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t , mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat , makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. Mereka sentiasa duduk dalam cinta , kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “ Wahai Allah , jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan , mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “ Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka , sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.
Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci ( boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.
Jalan Menuju Makrifatullah
Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah , lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan , Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi , salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.
Kesimpulan
Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufisme) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam ) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara , India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tarekat . Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku , agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan , perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini , Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan , negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.
Sekian, sedikit sebanyak yang ingin saya sampaikan secara ringkas tentang siapa itu ahli Sufi. Wallahu a’lam bissawab.

KUPASAN SYAHADAH

Ketahui olehmu, adalah Kalimah La Ilaha Illa Allah itu mengandungi agama, iaitu seperti iman dengan sebenar benarnya, dan Islam dengan sebenar benarnya Islam, dan tauhid dengan sebenar benarnya tauhid, makrifat dengan sebenar benar makrifat dan inilah dikatakan dia La Ilaha Illa Allah, maka sebab itulah firmanNya didalam hadis qudsi bererti, bermula lailahailallah itu kota Aku dan barang siapa masuk akan kota Ku nescaya sentosa ia daripada azabKu, kata setengah ‘arifinbillah bermula orang yang berkata dengan kata Lailahilallah dengan tiada ikhlas dan benar maka kena azab ia, kerana adalah mereka itu menyembunyikan syahadat daripada mereka, seperti firmanNya yang bererti jangan kamu menyembunyikan syahadat dan barang siapa menyembunyi kan dia, maka berdosa hatinya. Dan ada pun murrad daripada menyembunyikan syahadat itu pada mereka yang tiada ketahui asal syahadat, dari kerana ikrar dengan niat maka feel hamba serta perbuatan keduanya itu baharu jua. Dan kata setengah ‘arif , mengatakan , syahadat itu terbahagi kepada tujuh.

1. Bahagian yang pertama, mereka yang mengucap syahadat dan beriman, mereka itu tidak Islam.

2. Kedua, mereka yang mau mengucap syahadat dan Islam mereka dengan tiada beriman.

3. Ketiga, mereka mengucap syahadat dan beriman. Bermula mereka itu tauhid dengan tiada makrifat.

4. Keempat, mereka itulah mengucap syahadat , makrifat mereka dengan tiada tauhid dan tauhid mereka dengan tiada ikhlas dan benar, tiada mereka tahu membezakan antara benar dan salah, tidak tahu membezakan antara makrifat dan haqikat dan tiada tahu membezakan sesuatu bersamaan dengan yang lain, mereka bergelombang didalam laut mukhalafah.

5. Kelima mereka mengucap syahadat serta mengaku Tuhan yang disembah dengan sebenar benarnya. Menyimpan didalam hati hasad dan dengki riak dan takbur , semaah, ujub dengan manusia sama ada Islam atau kafir. Maka itu dinamakan munafik pada syahadat.

6. Ke enam mereka mengucap syahadat dan mengaku menyembah dengan sebenar benarnya Allah. Maka meringan ringankan syariat Nabi dan engkar dari pekerjaan syarak dan tiada ia menzahirkan amal daripada anggota, maka dinamakan Zindiq batin.

7. Ketujuh mereka yang dinamakan ahli sunnah waljamaah dan mereka mengucap syahadat dan arif pada Allah dan pada syariat yang zahir dan syariat yang batin, maka adalah mereka itu pada syariat yang zahir dinyatakan amal kepada zahir anggota, iaitu saperti hukum.

Amrubilmakruf iaitu dipesuruh mengerjakan wanahi ‘anilmungkar, hentikan barang yang dilarang, syariat batin mereka itu antara diri dengan Tuhan , maka suci dari segala yang dicemar pada hati mereka. Maka jadilah hati mereka bersih seperti kanak kanak serta tetap dengan nafi dan isbat seperti firman Allah (Syahidallah ‘annahu lailahailla hu ). bagi mereka itu lah kesudahan syahadat.

Rabu, 25 November 2009

UNDANG-UNDANG DALAM ISLAM

Undang-Undang Di Dalam Syariat



1. Rukun Islam 5 Perkara;

1.1. Dua Kalimah Syahadaah
1.2. Mendirikan Solat
1.3. Berpuasa Dalam Bulan Ramadhan
1.4. Menunaikan Zakat
1.5. Menunaikan Fardhu Haji Di Baitullah Bagi Yang Berkemampuan

2. Rukun Iman 6 Perkara;

2.1. Beriman Kepada Allah
2.2. Beriman Kepada Para MalaikatNya
2.3. Beriman Kepada KitabNya
2.4. Beriman Kepada Para RasulNya
2.5. Beriman Kepada Hari Akhir
2.6. Beriman Kepada Untung Baik Untung Jahat Daripada Allah Taala

3. Syarat Islam 4 Perkara;

3.1. Sabar Akan Hukum Allah
3.2. Redha Akan Hukum Allah
3.3. Yakin Dan Ikhlas
3.4. Mengikut FirmanNya Allah Menjauhi LaranganNya.

4. Membinasakan Islam 4 Perkara;

4.1. Membuat Sesuatu Kerja Tidak Diketahui
4.2. Diketahui Tidak Pula Dikerjakan
4.3. Tidak Tahu Tidak Mahu Pula Bertanya
4.4. Mencela-cela Orang Yang Berbuat Baik


5. Tanda Islam 4 Perkara;

5.1. Merendahkan Diri Sesama Islam
5.2. Suci Perut Daripada Makan yang Haram-haram
5.3. Suci Lidah Daripada Dusta
5.4. Suci Badan Daripada Tamak

Jumaat, 13 November 2009

RAHSIA MAKRIFAT RUKUN NAN 5

Adapun yang dikatakan Rahsia Makrifat ialah Rahsia bagi segala hambanya untuk kembali mengadap TuhanNya. Tiada lain jalan yang sempurna untuk kembali ke Alam Akhirat melainkan dengan jalan Islam sahaja yang boleh selamat. Kerana didalam rukun Islam ada mempunyai lima jalan.Yang pertama jalan mengucap dua Kalimah Syahadah. Kedua Sembahyang Lima Waktu, Ketiga Puasa, Keempat Zakat dan Fitrah, Kelima Fardhu Haji apabila kita patuhi akan rukun yang lima itu nescaya selamatlah kita kerana didalam rukun yang lima itu ada berbagai-bagai hikmat.

• Pertamanya Mengucap Dua Kalimah Syahadah.

Ibaratnya membuka pintu ke alam Akhirat apabila kita mengatakan :
"Assyhadu an La Ilaha Illa Allahu Wa Assyhadu Anna MuhammadarRasulullah"
maka terbukalah pintu Qudrat, Iradat, Sama`, Basar, Kalam Ilmu, Hayat. Maka timbullah cahaya seribu dinamai Ia Cahaya Makrifat menerangi keseluruhan anggota kita sehingga bayang-bayang pun melindungi kita.

• Kedua Sembahyang Lima Waktu

Apabila berdiri sembahyang lima waktu degan khusyuknya tatkala itu mengatakan Allahu Akbar. Maka terbukalah jalan Qadirun, Maridun, Samiun, Basirun, Mutakallimun, Alimun, Haiyun. Maka datanglah segala Malaikat dan Aulia` sambut kedatangan kita kembali ke Negeri yang asal untuk menemui Allah Taala.

• Ketiga Puasa Dalam Bulan Ramadhan

Apabila kita berpuasa menahan makan,menahan daripada nafsu syahawat dan menahan segala-galanya di atas Iradat kita maka datanglah seribu nikmat yang tiada pernah kita merasai semasa kita hidup.

• Keempat Zakat Fitrah .

Apabila kita taat mengeluarkan zakat dan fitrah dengan hati yang ikhlas dan dengan perasaan sedih belas kasihan kepada semua anak-anak yatim serta fakir miskin. Maka datanglah seribu rahmat kepada kita yang tak pernah kita merasai selama di Alam ini.

• Kelima Fardhu Haji

Apabila kita sudah sempurnakan kesemuanya rukun yang lima itu maka terbukalah Istana Iman, Istana Islam, Istana Tauhid dan Istana Makrifat. Dan menerangilah dengan cahaya Istana Iman, Istana Islam, Istana Tauhid dan Istana Makrifat tiada yang menandingi di alam ini. Maka berjalanlah Ia untuk mengadap Allah Taala bagi membicarakan dirinya dengan wujud, qidam, baqa, mukhalafatuhu Taala Lil Hawadis, Qiamuhu Binafsih dan beserta Waahdaniah. Maka inilah ibaratnya rahsia makrifat yang diceritakan oleh Abu Hurairah kepada sekelian salik yang datang bertanya kepadanya tentang hikmat di atas rukun Islam yang lima itu.

Rabu, 4 November 2009

HAQ DIRI

HAQ

DI FANA`KAN KUASA MAKNUYAH UJUD DIRINYA SERTA LAIN PADA KETIKA LA MENGISBATKAN UJUD ALLAH PADA KETIKA ILLA ALLAH SERTA TAWAJUH BAHAWA DIHADAPAN MATA HATI KEPADA WUJUD YANG TIADA DILALAIKAN NAMA ALLAH WASSYAHADAH DI TAHKIQKAN `AYAN KHORAJAH `AYAN SABITAH MAKA TINGGALLAH PANDANG HASIL LENYAP KEKALLAH BERSAMA ALLAH.


HAl INSAN PERIHAL INSAN
MOHAMAD DIDALAM TUHAN
TUHAN JUGA YANG TOLAK
TUHAN DALAM MUHAMAD
TUHAN JUGA YANG MUTLAK


NAMA BERNAMA NYAWA
NYAWA NAN TIDAK URAT
KUASA ZAT SEMATA-MATA
KEPADA TERIKAT
TUBUH YANG HALUS

MELIPUTI SEKELIAN ALAM
MEMENUHI SEKELIAN RONGGA NYA
TIADA BERBEZA ZAT DENGAN SIFAT
SINARAN SESUATU JUA
HU SIFAT NAMANYA TUBUH
NYAWA RAHSIA TUHAN NAMANYA


LA ILAHA ILLA ALLAH
AKAN MELIPUTI SEGALA SIFAT MUHAMAD

ALHAMDU
PASAL MENYATAKAN
NAMANYA


BERFAHAMLAH PADA GURU MURSHID HENDAKNYA

Sabtu, 25 Julai 2009

video kalimah tauhid

trial dlm bentuk audio visual

AUDIO KALIMAH TAUHID part 1

Assalamualaikum.....disertakan sedikit sedutan dari kuliah Tuan Guru Kami dalam membahaskan kalimah tauhid dalam 6 minit yg ori dlm 60 minit sapa mau leh runding.

kalimah tauhid.mp3 donwload utk dgr

Isnin, 6 Julai 2009

HIDUP MANUSIA TANPA ROHANI

Roh,

Jika tidak dikurniakan oleh Allah akan Roh kepada manusia sudah pasti dan tentu manusia itu tidak dapat hidup dengan sempurna. Tidak dapat mendengar, bercakap, bergerak dan sebagainya. Roh adalah Urusan Allah semata-mata. Yakni barang yang dikehendaki oleh Allah maka Rohlah yang melakukanya. Nabi Adam a.s. selepas diciptakan oleh Allah tidak bergerak dn tidak berfungsi sehingglah Roh ditiupkan ke dalam jasadnya. Maka barulah Ia bergerak dan terbersin.

Begitulah juga kita manusia, semasa dalam kandungan ibu diantara 120 hingga 145 hari, masa itulah masuknya Roh ke dalam jasad kita. Lantaran itu kandungan ibu mula bergerak. Dengan lain perkataan tanpa Roh manusia tidak akan dapat bergerak dan tiadalah bermakna hidup ini.

Nafas

Nafas, adalah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia. Tanpanya kita tidak hidup. Nafas berligar disekitar mulut, hidung, mata dan telinga. Tiada manusia yang melihat keadaan Nafasnya sendiri atau nafas orang lain. Ia merupakan satu sumber Ghaib dan diistilahkan juga sebagai Insan Batin iaitu unsur-unsur manusia yang terdiri daripada Nafas, Nufus, Anpas dan Tanapas

Akal

Setiap manusia mempunyai Akal. Tempat akal dalam jasad manusia ialah dalam otak, yakni tempat yang tertinggi dalam jasad manusia. Otak sendiri tidak akan bermakna bagi manusia. Apa yang pentingnya ialah dapat menilai sesuatu yang bertempat didalam otak itu ialah Akal dan Fikiran yang membezakan diantara Manusia daripada Haiwan.

Insan

Setiap manusia mempunyai Nafsu. Nafsu bertempat dalam jasad manusia pada tempat-tempat tertentu. Tanpanya manusia adalah kaku daripada segala keinginan melakukan sesuatu, yakni tidak berkemahuan, tiada berperasaan dan tiada mempunyai timbang rasa. Nafsu membezakan Manusia dengan Malaikat.

Kebanyakan manusia tidak menghargai akan keempat-empat unsur Rohani ini. Ini disebabkan kesemua unsur tersebut adalah unsur Ghaib. Maka kerana itu manusia tidak mahu mengambil tahu mengenainya. Pada hal tanpa kurniaan Allah akan keempat-empat unsur ini manusia tidak bernama manusia.

Pada hakikatnya Insan yang sebenar itu ialah Insan yang berunsurkan Nafas, Nufus, Anpas dan Tanapas yang dimaksudkan sebagai Diri didalam Al-Quran. Iaitu Diri yang sebenarnya datangnya dari Allah dan akan dikembalikan kepadaNya kelak. Diri akan ditanya dan akan dihitung semantara Insan Jasmani yang pada umumnya ditakrifkan Manusia akan ditanam dan disemadikan dalam tanah. Sebab itu jika menyebut akan Diri yang sebenarnya maka hendaklah kita Istilahkan kepada INSAN bukan Manusia.


Manusia sebenarnya adalah Jasmani Palsu yang tidak sempurna dan tidak kekal. Kerana itu ada diantara golongan manusia dianggap oleh Allah sebagai Binatang yang melata. Sekiranya Allah telah memberi jaminan bahawa Insan itu sempurna, maka tidak mungkin Ia diibaratkan oleh Allah sebagai BINATANG.(Haiwanun Natiq)

Khamis, 29 Januari 2009

KENALI DIRI MAKA KENAL ALLAH

HAKIKAT =>Mengenal Diri iaitu diatas tiga perkara ;

1. Diri Azali itu ibaratnya seperti keadaan kapas
2. Diri Terperi itu ibaratnya seperti keadaan benang
3. Diri Terdiri itu ibaratnya seperti keadaan kain
"man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu",
ertinya, barang siapa mengenal akan dirinya akan mengenal Tuhannya.

Maksudnya ia menyuruh kita mengenal akan diri dengan sebenar-benarnya dahulu. Umpamanya ialah diri makrifat hamba. Yang bernama Diri Terdiri mengenal akan Diri Terperi dan Diri inilah yang akan mengenal diri yang sebenar-benarnya Diri Azali. Barulah nyata sebenarnya mengenal diri dan musyahadahlah diri Insan itu Ia Mu Ia Aku telah nyatalah Aku sifat Mu itu nyawa kepada Aku tiada Mu tiadalah Aku asal Aku daripada Mu kembali Aku kepada Mu. Maka ghaiblah Aku didalam kalimah Tauhid "LA ILAHA ILLA ALLAH" timbullah didalam kalimah Rasul "MUHAMMADAR RASULULLAH". Maka setelah kita nyata akan segala-galanya barulah kita menunaikan kewajipan. Kerjakan apa yang disuruh dan jauhilah perkara yang dicela oleh syarak. Inilah sebenar-benarnya dikehendakki oleh agama Islam.

Dikalangan Ulama` Tasauf atau Ulama` Ilmu Ketuhanan selalunya menyarankan “Carilah Diri Kamu Di Dalam Diri” bermaksud menyuruh kita mencari Diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita sudah kenal Diri ini yang sebenarnya pasti kita mengakui Hakikat Allah.
Diri Rohani atau kebatinan dalam Diri manusia itu sendiri yang perlu dikenali oleh setiap mereka. Diri ini tidak dapat dilihat dengan mata lahiriah manusia. Walaupun dalam al-Quran Diri ini disebut dengan berbagai nama dan istilah namun tujuannya untuk memperingatkan manusia supaya berfikir betapa luasnya Diri didalam Diri Manusia. Cuma fungsi dan peranan hidupnya sahaja yang agak berlainan sedikit. Diri itu dilengkapkan oleh Allah dengan Sifat-sifat untuk dinilai sama ada baik ataupun tidak.

KENALI DIRI MAKA KENAL ALLAH

MENGENAL ALLAH MELALUI MENGENAL DIRI


Satu cara daripada mengenal Allah ialah dengan Mengenal Diri Sendiri. Maksud Diri itu ialah mengenal Diri yang Sebenar Diri. Adapun yang dimaksudkan Diri Sebenar Diri itu bukanlah Diri manusia yang lahiriah, kerana Diri Lahiriah itu tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah. Iaitulah Diri yang Batin yakni Diri yang datang dan kembali kepada Allah.

Siapa yang mengatakan menuntut ilmu Mengenal Diri itu salah. Bererti mereka belum lagi mengenali dirinya. Setiap yang tidak mengenal dirinya sesungguhnya orang itu masih didalam golongan kafir dan masih menjadi hamba kepada Syaitan dan Jin. Bukannya mereka menjadi umat Muhammad dan hamba kepada Allah Taala. Oleh itu wahai saudaraku kaum Muslimin dan Muslimat bahawasanya Ilmu Ketuhanan itulah harta bagi dirimu. Bekalan bagi diri kamu daripada kandungan ibu sampai ke alam ini. Daripada alam ini sampailah kembali ke alam Akhirat oleh itu tiada siapa pun yang boleh menegahkan kita menuntut dan mencarinya. Kerana ianya adalah haq milik kita yang tulen.


Sedangkan bangsa lain pun diseru supaya mengikut ajaran Islam. Sedangkan Rasulullah pun pernah berkata; tuntutlah oleh kamu akan ilmu Ku ini walau ke Negeri China sekalipun. Begitulah besarnya harapan Rasulullah kepada umatnya supaya mereka semua jangan sesat didalam agamanya sendiri.

Tiada siapa yang boleh mengenal Allah jika kita belum lagi mengenal diri dengan senyata-nyatanya. Janganlah setakat kenal mulut, hidung, telinga, tangan dan kaki sahaja ini bukannya mengenal diri. Yang dikatakan mengenal diri itu ialah mengetahui daripada mana asal usul dirimu dan mana yang dikatakan dirimu yang batin itu apa tugasnya terhadap kita. Oleh itu berfikirlah baik-baik kerana Ilmu Ketuhanan ini bukannya untuk sehari dua sahaja malah untuk bekalan kita di Dunia dan Akhirat.

Sesungguhnya barang siapa kenal dirinya dengan kekal, maka sesungguhnya ia kenal Tuhannya dengan binasa. Maka barang siapa makrifat kepada dirinya maka setinggi tinggi makrifat itu beroleh akan dirinya jua, maka dinamai akan dia kekal selama lamanya. Barang siapa makrifat kepada Tuhan, maka beroleh binasa ia. Ada pun orang yang makrifat kepada Allah, maka tiada ia didalam dirinya, dan tiada keluar ia daripada diri, tetapi tiada ia kenang akan dirinya, dan tiada ia melihat akan keadaan Tuhannya, hanya ia binasa itu lenyap jua daripada keadaan dirinya.