PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Memaparkan catatan dengan label NIAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NIAT. Papar semua catatan

Isnin, 10 Mei 2010

NIAT SEMBAHYANG

Bermula niat itu dua bahagian. Maka iaitu Pertama niat wasal dan kedua niat wakaf. Ada pun niat wasal itu maka iaitu azali dan haqiki, ada pun wakaf itu maka iaitu abad dan mujazi. Bermula niat wasal itu terkandung dua martabat dan iaitu kamaliah dan ‘arafiah, dan niat mujazi itu terkandung dua martabat, iaitu tanzukyah dan bastiah, ketahui oleh mu (Usolli). Maka adalah padanya itu empat isyarat Seperti firmanNya, (Huwal awwalu wal ahiru wa zohiru wal batinu wahuwa bikullisyai in ‘alim) ertinya ialah yang awal, dan ialah yang akhir, dialah yang zahir, dan ialah yang batin dan ialah diatas tiap tiap suatu yang amat mengetahui. Ketahui oleh mu awal tiada permulaan bagiNya, dan akhir tiada kesudahan kepadanya, dan zahirnya itu terlebih sangat nyata atasNya. Dan batinnya itu tetap tiada berubah haqikat selama lamanya.

Ketahui, adalah ma’ana Usolli yang empat isyarat dahulu itu maka iaitu

1_khatar,
2_azam,
3_qasad
4_niat.

Inilah haqikat niat seperti kata Imam Nawawi yang bererti haqikat niat itu menyehaja sesuatu hal keadaan peserta dengan perbuatannya. Maka di dalam kawasan niat dinamakan Khatar dan berlambatan niat dengan feel dinamai ‘azam dan dahulu daripadanya dinamii akan dia qasad. Maka Apabila dimulai serta perbuatan itu dinamai akan dia niat (Al niatun bila harfin wala sautin) Bermula niat itu tiada dengan huruf dan tiada suara. Maka ketahui oleh mu Apabila takluk niat itu kepada maqam kamaliah, maka niat itu dengan tiada huruf dan tiada suara dan apabila takluk niat itu kepada maqam ‘arafiah. Maka ada huruf dan ada suara, dan apabila takluk niat itu kepada maqam bastiah, maka alamatnya itu ada huruf dengan tiada suara.

Apabila terhimpun yang empat iaitu bagi niat itu kepada dua maqam, Maka dinamakan alam suatu daripadanya (‘alamul halki) kedua daripadanya (‘alamul amri) suatu daripadanya alam fana’. Kedua daripadanya alam baqa’. Maka adalah suatu daripadanya alam fana’ itu padanyalah tertakluk niat tu’ziah dan bastiah maka keduanya itu batil jua. Dan kedua daripadanya alam baqa, padanyalah tertakluk niat kamaliah dan ‘arafiah. Maka kedua nya itu sahih disanalah hakikat huruf delapan. Ketahui oleh mu tiada sempurna segala amal kamu itu melainkan mengetahui dahulu segala yang tersebut itu serta tuntut sempurna iktikad kepada Allah jangan bersekutu dan syarak dan jangan tersesat.

Selasa, 20 April 2010

PERIHAL DIKATAKAN AKAN NIAT


Bahawasanya adalah NIAT itu terbahagi ia diatas Dua (2) Bahagi;

1_ Niat Wasal
2_ Niat Wakaf

Adapun Niat Wasal itu maka iaitu Azali dan Hakiki, dan adapun akan Niat Wakaf itu pula Abad dan Mujazi. Bermula adapun akan Niat Wasal itu padanya adalah terkandung dua martabat yang pertama-tamanya Kamaliah dan keduanya itu pula `Urufiah, adapun Takluk Niat Wakaf itu dua jua yangterkandung didalamnya; Pertamanya iaitu Tazuk`yah dan keduanya itu pula Bastiah, maka ketahui olehmu adalah (USOLLI) itu padanya 4 isyarat yang terkandung didalamnya Seperti firmanNya Allah didalam al-Qur`an,

Hua Awalu wal Akhiru wazZhohiru wal batinu wahua bikulli Syai in `Alim
Ertinya Ialah Yang Awal, Dan Ialah Yang Akhir, Dialah Yang Zahir, Dan Ialah Yang Batin Dan Ialah Diatas Tiap Tiap Suatu Yang Amat Mengetahui.

Ketahui olehmu awal tiada permulaan bagiNya, dan akhir tiada kesudahan kepadanya, dan zahirnya itu terlebih sangat nyata. Dan batinnya itu tetap tiada berubah haqikat selama nya.

Ketahui oleh adalah maknanya Usolli empat isyarat dahulunya. Maka yang mula mulanya bernama khatar, keduanya bernama azam, Ketiganya bernama qasad dan yang keempat itu pula bernama niat. Seperti haqikat niat itu seperti kata Imam Nawawi

Qasdu Syaiin Muqtarina Bife`lihi
yang bererti haqikat niat itu menyehaja sesuatu hal keadaan peserta dengan perbuatan yang buatnya .
Maka didalam kawasan niat dinamakan Khatar keduanya itu pula berlambatan niat dengan Feel dinamai ‘Azam dan dahulu daripada Niat itu dinama akan dia Qasad. Maka apabila dimulai serta perbuat dinamai akan dia niat

Anniatu bilqalbi bila sautin wala harfin.
bahawasnya niat itu didalam hati tiada suara dan tiada berhuruf.

Bermula niat itu tiada dengan huruf dan tiada suara. Maka ketahui oleh mu Apabila takluk niat itu kepada Maqam Kamaliah, maka alamatnya niat itu tiada berhuruf dan tiada pula bersuara. Maka apabila takluk niat itu kepada Maqam ‘Arafiah. Maka alamatnya Niat itu ada pula huruf dan ada pula bersuara, maka apabila takluk niat itu kepada maqam Tazuk`yah, maka alamatnya Niat itu ada pula Bersuara dengan tiada pula Berhuruf. Maka apabila takluk niat itu kepada maqam Bastiah, maka alamatnya Niat itu ada pula Berhuruf dengan tiada pula Bersuara.

Maka apabila terhimpun yang empat bagi niat itu kepada dua maqam, Maka dinamakan alam suatu. Satu daripadanya (‘alamul Kholaq) kedua daripadanya (‘alamul Amar) suatu daripadanya alam Fana’. Kedua daripadanya alam Baqa’. Maka satu daripada alam fana’ ialah tertakluk niat Tazu`yiah Dan Bastiah maka akan keduan-duaya itu Batal jua.

Akan tetapi boleh digunakan ia pada masa berdiri betul didalam Tauhid. Dan keduanya itu pula kepada alam baqa, maka pada ialah tertakluk niat Kamaliah Dan ‘Arafiah. Maka kedua-duanya itu adalah sahih yakni yang Sah. Yang boleh digunakan pada masa melafazkan Allahu Akbar. Disanalah Haqikat Huruf Yang Delapan.

Ketahui olehmu tiadalah sempurna segala-gala amal kamu itu melainkan mengetahui dahulu segala-gala yang tersebut itu serta dituntut sempurna iktikad kepada Allah jangan bersekutu dan syirik dan janganlah pula tersesat. Carilah pada Guru Yang Mursyid

Apakah pula dikatakan dengan `Arafiah dan Kamaliah itu?
Dimana duduknya pula dan kesinambungan dalam hidup sehari hari kita?

1) Khatar >>?
2) Azam >>?
3) Qasad >>?
4) Niat >>?

Adakah kita memahami status niat....adakah satu lintasan gambaran sudah dinamai ia dengan niat. Dan apakah kesempurnaan bagi niat itu? Mari kita menyelusuri lautan ilmu, lautan akal menitip tinta dalam kesempurnaan hidup ini....



>>>MAN JADDA WAJAD<<<<
wa ilal likoq ie