PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Selasa, 21 Oktober 2008

PERANAN TAKLUK KEPADA SIFAT MA`ANI

Peranan Takluk Kepada Sifat Ma`ani


Adapun yang dimaksudkan dengan perkataan TAKLUK itu ialah menuntut Sifat pada Perbuatan yang bertambah atau perbuatan Peningkatan. Umpamanya Sifat Qudrat menuntut kepada kenyataan yang dikuasainya atau apa-apa yang wajib dilaksanakan mengikut perintah dan kewajipan.

Sifat Qudrat dan Iradat tidak tertakluk bagi Dirinya, tetapi tertakluk kepada yang lain. Tertakluk kepada sekelian Mukmin.
Sifat Ilmu dan Kalam tertakluk bagi Dirinya, dan juga tertakluk juga kepada yang lain. Tertakluk kepada sekelian yang baharu, Qadim dan Muhadas.
Sifat Hayat tidak tertakluk bagi Dirinya, dan tidak tertakluk juga kepada yang lain.
Sifat Ilmu dan Kalam tertakluk Ia kepada Sekelian yang wajib, yang mustahil dan yang harus.
Istilah Kharij dan Zihin dalam Sifat Dua Puluh(20)

Kharij (Luaran)
Adapun yang dimaksudkan dengan Kharij itu ialah Sifat yang Memberi Kesan kepada Sekelian yang Baharu.

Zihin (Dalaman)
Adapun yang dimaksudkan dengan Zihin itu ialah Sifat yang Maujud pada Zat atau Sifat yang Beserta dengan Zat.

Adapun perkataan Kharij dan Zihin itu ialah dua perkataan yang ditakrifkan oleh Ulama` Ilmu Ketuhanan untuk mempastikan Sifat Nafsiah, Salbiah, Ma`ani dan Maknuyah itu berada dalam kumpulan yang ditentukan mengikut kaedah Zahir dan Batin kepada sesuatu. Oleh itu dinyatakan bahawa;

Ø Nafsiah itu Wujud Pada Zihin tidak Wujud Pada Kharij
Adapun sifat Nafsiah itu kenyataan bagi Maujud, Adapun bangsa hal itu sifat Napsiah iaitu kelakuan bagi maujud. Jikalau tiada ia bersifat Napsiah nescaya tiada dapat pun di alam ini, kerana tiap tiap di alam ini bergantung kepada zat Allah Ta’ala semata mata.

Ø Salbiah itu tidak Wujud pada Zihin dan tidak Wujud pada Kharij
Adapun sifat Salbiah itu tiada maujud kepada Zihin. Kerana sifat Salbiah itu bersifat `Adami tiada maujud kepada Zat. Kerana sifat itu ada mempunyai Nafi dan Isbat, Nafi barang yang tidak patut dan tidak layak bagi Allah Taala. Adapun bangsa ‘adum itu sifat salbiah. Tiada maujud ia pada sifat kharij dan zihin. Ia semata mata anugerah setelah nyata bersifat

Ø Ma`ani itu Wujud pada Zihin dan Wujud Pada Kharij
Adapun yang dikatakan Maujud kepada Zihin ialah Maujud Sifat kepada ZatNya semata-mata dan Maujud kepada Kharij itu kerana Sifat yang memberi bekas pada menjadikan sekelian Alam ini. Kerana Alam ini bukannya semulajadi, Allah Taala jua yang menjadikannya. Adapun bangsa wujud itu sifat ma’ani, kerana sifat ma’ani itu maujud pada zihin dan kharij wujud Allah Ta’ala, maka wujud alam.

Ø Maknuyah itu Wujud pada Zihin dan tidak Wujud pada Kharij
Adapun bangsa ‘iktibar ialah sifat maknuyah iaitu nama bagi zat. Umpamanya sifat nyata ia kepada zat yang bernama haiyun. menyatakan tempat bergantungan sifat Hayat. Ertinya bergantung kepada Haiyun dan sifat Haiyun semata-mata bergantung kepada Zat Wajibul Wujud Khaliqul Alam " " sifat Maknuwiyah itu nama bagi Zat.

Adapun martabat Zat itu tiada sesiapa yang boleh mengetahui sehingga Malaikat Muqarrabin pun tiada mengetahui akan Ka`annahu Zatnya melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Adapun Sifat Nafsiah tiada kenyataan pada Kharij dan sifat Salbiah itu tiada Maujud kenyataan pada Kharij. Hanya sifat pada perkhabaran jua. Ibaratnya dipanggil Ia menyahut dirasa Ia ada.

Zihin ialah Hal-hal yang bersangkutan dengan kebatinan (Roh). Kharij pula ialah hal-hal yang bersangkutan dengan Zahir (Jasad ).

Istilah-istilah ini digunakan semata-mata untuk membuat penentuan akan fungsi Zat tentang penguasaannya kepada Manusia dan Makhluk yang lain. Ini ialah bagi menentukan supaya manusia tidak tersalah faham akan wujudnya Zat Allah Taala itu sebagai yang berbentuk dan berupa bagi bagi mengelakkan mereka membuat andaian tentang Istilah Penjelmaan Kuasa kepada Diri Manusia yang boleh membawa mereka kepada Syirik.