PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Rabu, 10 Mac 2010

HAMPIR SAKARATUL MAUT

PERIHAL MENYATAKAN DATANG PADA ORANG YANG HAMPIR AKAN MATI


Bermula pada menyatakan yang datang kepada hampir mati kerana ketika itu sangat dahaga dan lapar, pada ketika itulah datang syaitan hendak menanggalkan iman daripada orang yang akan mati. Adalah tersebut didalam riwayat hadis Nabi apabila hampirlah seseorang hamba Allah akan sakaratul maut.

Maka datanglah kepadanya syaitan lalu ia duduk kanan dan kiri, maka merupakan syaitan itu rupa bapa dan ibu dan guru. Maka kata syaitan akan dia tanggalkan oleh mu agama kamu dan kata oleh mu Tuhan itu dua supaya luput engkau daripada kesakitan mati mu. Apabila adalah hal yang demikian itu bahaya yang amat sangat kata setengah ulamak, adalah pada ketika itu sangat dahaga dan lapar, maka dahaganya seperti tertunu rasanya hangus ditekak dan lapar itu seperti penuh duri diperut.

Maka datanglah syaitan mencabulkan, kerana ia hendak menanggalkan iman daripada orang yang akan mati itu, maka datanglah syaitan pada kepala orang itu dengan membawa satu piala air, lalu ditunjukkan pada orang yang hampir mati itu dan katanya kepada syaitan tersebut berikan air tersebut kepadanya dan tiada ketahui iaitu syaitan yang menjelma. Maka kata syaitan akan dia , kata oleh mu tiada siapa yang menjadikan alam ini atau katakan agama Muhammad sekalinnya itu dusta, nescaya aku beri akan dikau air ini. Maka jikalau tiada mau mengatakan demikian. Maka datang syaitan pada pihaq yang lain serta dengan rupa yang lain lalu digerakan akan dia air itu maka kata oleh mu agama yahudi dan nasrani yang terlebih baik daripada Islam, maka akan ku berikan air ini.

Barang siapa dapat celaka dikabulkan perkataan syaitan itu dari kerana tiada sabar akan dahaganya, maka keluarlah ia daripada dunia dengan tiada iman. Maka hendaklah dengar oleh sekalian saudara , pencabulan syaitan datang kepada orang yang hampir mati itu, pada masa hidup ini dan hendaklah kita ingatkan makna syahadat didalam hati kita supaya tersurat kepada hatinya seperti firman Allah yang bererti, barang siapa dibukakan Allah dada pada hatinya daripada agama Islam, maka adalah beroleh pertunjuk daripada Tuhannya. Maka hilanglah azab matinya dan keharuan sakaratul maut.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Barang siapa mengucap Lailahaillallah pada tatkala hendak matinya, dilindungi akan dia oleh Allah daripada neraka, (ertinya, tentu lah ia akan masuk syurga) Ketahui oleh mu ada pun akhir kalam itu tiada kuasa kamu menyebut Kalimah itu kerana pada ketika itu kelu segala kalam dan keras segala lidah, maka betapa halnya hendak mengucapkan Kalimah itu. Sebuah hadis yang berbunyi ( Man ‘alima la ilahaillallah da kholal jannata bi ghairi hisab) . Barang siapa ketahui akan Kalimah itu maka dimasukkan Allah kedalam syurga dengan tiada diperhisab akan dia. Maka inilah yang terlebih kuat dan terlebih sah adanya. Lagi firmanNya ( Wa man azlamu mim man katama syahadatan ‘in dahu minallah) dan tiada seorang jua pun yang terlebih aniaya daripada orang yang menyembunyikan pengetahuan yang ada pada nya daripada Allah Ta’ala bahwa ketahui oleh mu adalah sakaratul maut tiada lah dapat diceritakan padanya hingga segala Nabi Nabi pun akan meminta kepada Allah supaya terpelihara daripada bahaya itu, seperti sabda Nabi s.a.w pada ketika hampir wafatnya (Allah humma hawin ‘alai ya sakaratilmaut) ertinya, Hai Tuhan ku, mudahkan lah oleh mu atas ku akan sakaratul maut, maka fikir oleh mu hai ‘akilin yang ghafillin.

Maka tiada yang terlebih besar bahaya melainkan ketika akhir kalam waktu meninggalkan dunia ini adanya. Bahawa adalah setengah daripada mereka, adalah maut itu padanya seperti minum air yang manis pada ketika dahaganya dan kematian itu beroleh lazat yang tiada pernah dirasai semasa hidupnya didunia ini, seperti firman Allah ( Yusab bitullah hullazi na amanu bilqaulis sabiti fil hayatit dunya wa fil ahirah) ertinya, ditetapkan Allah akan segala orang yang beriman itu dengan kata yang tetap iaitu Laila hail lallah pada ketika hidupnya didunia dan ketika masuk kedalam akhirat dan ketika soal nungkar nangkir dan ketika masuk kedalam syurga hingga akhir hayat. Maka orang yang demikian inilah merasai lazat kematiannya seperti firman Allah ( Aman yakti amanan yau mal qiyamah) ertinya, orang yang datang ia hal keadaan sentosa ia daripada huru hara qiamat, Maka sentosalah ia daripada sakaratul maut dan seksa kubur dan seksa di padang mahsyar hingga lepas segala merbahaya, selamat ia masuk kedalam syurga adanya.

Ketahui oleh mu adalah segala langit dan bumi, iaitu sekaliannya bayang bayang jua tiada mempunyai wujud sendirian nya. Maka apabila datang sakaratul maut hilang lah sekalian nya itu. Maka pada ketika itu tiadalah berguna segala kepandaian dunia dan segala bacaan kamu sekalian dan segala ibu bapa dan segala guru guru hanya yang berguna itu melainkan ilmu Allah yang tiada berhuruf dan tiada suara adanya. FirmanNya ( kho tamallahu ‘ala qulubihi wa ‘ala sam ‘ihim wa ‘ala absorihim ghi syawa tun walahum ’azabun ‘azim) ertinya, mereka lah yang telah dipetrikan Allah Ta’ala atas segala hati mereka itu dan atas segala pendengaran mereka itu atas segala penglihatan mereka itu suatu tutup , maka adalah mereka itu melihat kepada yang sebenar benarnya, maka adalah bagi mereka itu seksa yang amat sangat selamanya .

Maka nyatalah daripada perkataan ini suatu apa pun tiada berguna pada masa yang sudah ditutupkan Allah segala barang yang tersebut itu pada dirinya melainkan ilmu Allah yang sebenar benarnya, haq itulah yang dicari buat bekal berguna kepada diri sendiri adanya, seperti kata ini (fana fil syaihi fana fil rasuli fana filahi baqabillahi la maujudu il allah) sempurnalah masuk kedalam kota raja yang amat kaya adanya.

(wa faqni yallah hu wa ikhwani fil lahi lil hairi wa syahadati wagh firli waliwa lidaiya walahum wa liman tafa ‘abihazihirri salati) Mudah mudahan dikurniakan taufik Allah Ta’ala akan daku dan akan segala saudaraku pada Allah Ta’ala mengerjakan kebajikan dan mudah mudahan mengampuni ia bagi ku dan bagi ibu bapa ku dan bagi mereka itu dan bagi barang siapa yeng beroleh munafaat dengan risalat ini.

Ketahui oleh mu kiranya adalah perkataan yang pelik pelik dan rahsia yang halus halus yang hamba gubahkan dikarangan ini meski pun tiada bermutu atau berharga disisi yang bukan ahlinya. Sa nya tersangat mahal harganya di sini alhaq Subhanahu Wata’ala dan mereka itu yang bermata hati, oleh yang demikian itu bersungguh sungguhlah apalah kiranya saudara yang gemarkan kebahagian dunia dan akhirat kerana tiada jua menghuraikan rahsia rahsia yang tersimpul itu melainkan supaya menggemarkan saudara saudara pada mengerjakan amal ibadat yang menyebabkan taqwa kerana firmanNya yang bererti , janganlah kiranya dipermudahkan atau dijadikan asas , selidik kehendak nya, jikalau dengan sendirian mursyid yang sempurna, maka inilah seelok eloknya dan yang lurus haluan.

AKHIR KALAM UMAT MUHAMMAD

Tanda Tandanya Ke Rahmat Allah Taala;

`Aklam Wahai Tolib Sabdanya Rasulullah S.A.W. :- Maka Wajiblah Kamu Mengambil Iktibar Tiap-Tiap Seseorang Itu Tentulah Tidak Dapat Tidak Akan Kembali Jua. Kepada Allah Yang Menjadikan Antara Langit Dan Bumi Dan Sekelian Apa – Apa Isi Yang Terkandung Didalamnya Syarat – Syaratnya Seperti Yang Tersebut Dibawah Ini .



1. Maka Yang Pertama – tamanya Cahaya Itu Adalah Hitam Terdiri Di Hadapan Kamu. Itulah Cahaya Iblis Namanya. Nafsunya Lawamah Tempatnya Didalam Perut . Maka Hendaklah Ditahani Dengan Hakikat Dengan Mengatakan :-
LA ILAHA ILLA ALLAHu MUHAMMADARRASULULLAH

2. Maka Yang Keduanya Itu Pula Cahayanya Adalah Merah Terdiri Di Hadapan Kamu. Maka Itulah Cahaya Kafir Yahudi. Nafsunya Amarah Rupanya Merah Tempatnya Dimulut . Maka Hendaklah Ditolakkan Dengan Hakikat Dengan Mengatakan :-
ILLAL LAH; ILLAL LAH

3. Maka Yang Ketiganya Itu Pula Cahayanya Adalah Kuning Terdiri Di Hadapan Kamu. Maka Itulah Cahaya Kafir Nasrani. Nafsunya Saubiah Tempatnya Pada Hati Jantung . Maka Hendaklah Kamu Menolakkan Dengan Hakikat Dengan Mengatakan :-

ALLAHU; ALLAHU;

5. Kelimanya Itu Pula Cahayanya Adalah Putih Terdiri Di Hadapan Kamu. Maka Iatulah Cahaya HAQ Yang Ada Pula Berkalimah Tertulis Dengan KALIMAH TAUHID DAN KALIMAH RASUL Di Dahinya . Maka Dengan Itu Janganlah Dipandang Kekanan Mahupun Kekiri Lagi Itulah Haq Yang Sebenar-Benar Nya Dengan Itu Kamu Menerimalah Dengan Hakikat Dengan Mengatakan :-
>>>>>>>SILA RUJUK GURU NAN MURSHID<<<<

Hadis Rasulullah S.A.W. Setelah Itu Maka Pulang Kepada Zat Ke Rahmat Allah Taala Rahmat Allah Pulang – Pulang Kepada Roh Allah – Pulang Kepada Zat Allah : - Ya Hu Haq – Hilang Didalam Hati – Hilang Didalam Nyawa – Hilang Didalam Rahsia – Hilang Rahsia Pulang Kepada Zat Allah Ya Hu Haq 3x