PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Rabu, 8 September 2010

HAKIKAT SOLAT_1

Wahai saudaraku, sabdanya Rasulullah Sollallahu `Alaihi Wasallam Sabdanya ;

Ketahuilah olehmu Wahai Tolib inilah Hakikat Sembahyang. Yang Pertama-tamanya itu Hakikat Insan kepada Muhammad dan adalah hakikat Muhammad kepada Allah Subhana Wa Taala Dinamakan Hakikat Ketuhanan. Dan apabila kamu masuk ke tempat yang hendak mengerjakan sembahyang itu hendaklah dengan muka yang manis berserta wajah yang suci berserta dimulai dengan jejak langkah kaki yang kanan. Setelah selesai daripada mengerjakan sembahyang itu keluarlah kamu dengan muka yang amat takut. Pertama-tamanya takut pula terkena barang yang keji-keji dan takut kalau-kalau tiada diterima Allah akan Amalannya itu. Ketahuilah olehmu Wahai Tolib dan saudara-saudara Ku yang mempunyai `Akli yang waras dan fikiran yang siuman dan fahaman yang teliti, tuntutlah olehmu Ilmu kepada Allah s.w.t. supaya sempurna ilu kamu itu pada jalan Maujud kepada Allah Jala Wa`Azza supaya jangan terkena amalan-amalan yang fitnah yakni amalan yang berdusta kepada Allah Taala MasyaAllah, tuntutlah olehmu dan carilah kepada `Alim yang ada Ijtihadnya pada jalan yang sebenar-benar Syariat dan Sebenar-benar Hakikat Sebenar-benar Thoriqat Sebenar-benar Makrifat.

Adalah maksudnya Syariat itu Perbuatan, Adalah Hakikat itu Ingatan, dan adalah Thoriqat itu itu Perjalanan, dan Adalah Makrifat itu Pengenalan. Pekerjaan yang kembali kepada Allah, Ingatan yang Kembali Kepada Allah dan Perjalanan yang Kembali Kepada Allah dan Pandangan Rahsia kepada Allah Syaratnya itu berfahamlah kamu kepada guru yang kamil yang sebenar-benar ikhlas hakikatnya itu kepada Allah s.w.t. dan Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. Amin Ya Robbil `Alamin.



SYARIAT >>> Perbuatan

HAKIKAT >>> Ingatan

THORIQAT >>> Perjalanan

MAKRIFAT >>> Pengenalan