PERINGATAN & AMARAN!!!!
Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.
Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....
Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!
adakah kita faham kedudukan kita.
Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......
Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....
Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!
adakah kita faham kedudukan kita.
Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......
Selasa, 20 Mac 2012
RAHSIA DIRI
Adapun mengenal diri itu empat perkara. Pertama mengenal diri yang Terjali iaitu Nafsu namanya. Kedua mengenal Diri yang Terperi, Ketiga mengenal Diri Yang Terdiri, Keempat mengenal Diri Yang Azali Allah.
Adapun Diri Yang Terdiri itu Tubuh namanya. Dan Diri Yang Terjali itu Nafsu namanya dan Diri Yang Terperi itu Bayang – bayang namanya dan Diri Yang Azali Allah itu dinamai Roh Jasmani, Rohani dan Roh Nabati namanya.
Adapun yang dinamai ROHANI itu empat perkara sifatnya ;
1. HATI
2. JANTUNG
3. LIMPA
4. HEMPEDU
Inilah yang dinamai Tali Qulbi (Qalbitan). Roh Idhofi itulah tali yang tiada berputusan siang dan malam. Itulah yang dinamai Jalan Negeri Akhirat. Turun Naik dan Keluar Masuk. Ialah yang bermimpi dan melihat barang sesuatu bagi.
Adapun Roh JASMANI itu pun 4 perkara sifatnya ;
1. PENDENGARAN
2. PENGLIHATAN
3. PENCIUMAN
4. SUARA
Adapun Roh NABATI itu pun 4 perkara sifatnya ;
1. HAYAT
2. ILMU
3. QUDRAT
4. IRADAT
Adapun mengenal Tuhan itu pun 4 perkara jua sifatnya ;
1. NAFAS
2. ANFAS
3. TANAFAS
4. NUFUS
Langgan:
Catatan (Atom)