PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Jumaat, 13 Jun 2008

AWAL AGAMA MENGENAL

“AWALUDIN MAKRIFATULLAH”
(AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH)


Mengenal Allah merupakan Syarat Pertama dan yang UTAMA untuk mendapatkan keampunanNYa. Ini diikuti dengan syarat-syarat beriman kepada Allah yakni mebenarkan KewujudanNya, mentaati akan segala perintahNya dan mengamalkan dengan tiada merasa ragu dan bimbang akan kewibawaannya.

Ada beberapa cara yang dianjurkan oleh para `Alim `Ulama untuk mengenal Allah. Setengah cara yang dianjurkan itu ada yang kemudiannya menjadi Fardhu `Ain, yakni wajib dipelajari tanpa mempersoalkannya dan ada yang menjadi Fardhu Kifayah yakni perlu didalami.

Awaluddin Makrifatullah @ Awal Agama itu Mengenal Allah. Maksudnya hidup seseorang itu Muslim itu diwajibkan mengenal Allah terlebih dahulu.

1. Wajib – Perkara yang tiada diterima oleh akal akan tiadanya, maka wajib mesti ada.
2. Mustahil – Perkara yang tiada diterima oleh akal adanya.
3. Jaiz(harus) – barang yang sah pada akal adanya dan tiadanya.

Dengan mengenal Allah itu akan terbit rasa cinta dan keinginan untuk sentiasa menghampirkan diri kepada Nya dengan kesedaran yang penuh bahawa kepadaNya sahajalah kita mengharapkan pertolongan, sebagai hamba yang sebenar-benarnya hamba tiada daya upaya melainkan kepadaNya kita bergantung segala harapan.

Cara – Cara Mengenal Allah

1. Melalui Ilmu Sifat Dua Puluh(20).
2. Melalui Mengenal Diri.
3. Melalui Surah Al-Ikhlas.
4. Melalui Bismillahir Rahmanir Rahim.

Dewasa ini masyarakat kita rata-rata yang tidak berminat lagi untuk mempelajari Ilmu ini. Mungkin disebabkan gaya bahasa lama yang sukar difahami dan Istilah-istilah yang tidak dapat dihayati. Bahkan juga kebanyakkan kitab-kitab yang berkenaan dengan Ilmu Mengenal Allah itu seperti kitab Tauhid, Usuluddin dan sebagainya adalah didalam tulisan jawi lama yang telah ditinggalkan oleh generasi sezamannya. Dan juga tidak ramai generasi kini yang dapat melapisi Ilmu tersebut. Kelemahan dalam membaca tulisan jawi oleh generasi Mellenium (kini) antara satu faktor ilmu itu ditarik kembali oleh Guru Nan Sejati. Ramai `Ulama Ketuhanan yang berkaliber dan berwibawa telah meninggalkan kita, dan amat sedikit pewaris yang ada untuk menyampaikan ilmu ini, menyebabkan ilmu ini semakin pupus ditelan masa. Keadaan ini ditambah pula dengan sikap para penuntut ilmu Ketuhanan ini yang sambil lewa dan kurang bersungguh.

4 ulasan:

2ez berkata...

Jadi, untuk Mengenal Allah tidaklah sukar, asalkan kita bersungguh-sungguh mempelajari Ilmu berkenaan. Bagi yang melewati Usia Sore, dan daya ingatan pula sudah tidak begitu kuat mungkin menghadapi sedikit kesukaran untuk memahami Ilmu Ketuhanan ini. Bagaimanapun jika ia sabar dan tenang tentulah tidak sesukar mana dan pastilah ia dapat memahami dan menghayati dengan baik.

2ez berkata...

Cara- cara Untuk Mempelajari Ilmu Mengenal Allah Mengikut Tertib;

i. Lupakan Kepada Mengingat Yang Lain.
ii. Tumpukan Kepada Penceramah (Guru) Ilmu Ketuhanan.
iii. Catat dan Ingatkan Perkataan Yang Tidak di fahami.
iv. Jangan Bertanya Ketika Guru (Penceramah ) Sedang Berceramah.
v. Jangan Malu Bertanya Jika Diberi Peluang Bertanya
vi. Dalam Ilmu Ketuhanan Tiada Soalan Dianggap Bodoh
vii. Sentiasa Bersyukur Apabila Mendapat Jawapan
viii. Perhatikan Betul-betul akan Kalimah-kalimah Yang Berkaitan Dengan Ketuhanan
ix. Jangan Mudah Jemu Dan Sentiasa Bermuzakarah
x. Sentiasa Berfikir Akan Kekuasaan Tuhan
xi. Sentiasa Mengingati Keistimewaan Mempelajari Ilmu Ketuhanan.

Persoalan akan Tanda Allah Wujud;

Dalam membicarakan sesuatu itu kita tidak lari dari menerima beberapa persoalan yang sering dan kerapkali dikemukakan seperti Asal Usul atau mana yang terlebih dahulu. Misalnya;

 Pokok Dengan Benih ;

Pokok berasal daripada benih, benih pula berasal daripada pokok, jadi mana dahulu yang terlebih dahulu terjadi, Pokok atau Benih ?

 Ayam Dengan Telur ;

Manakah yang terlebih dahulu diantara Ayam dengan Telur? Ayam dahulukah atau telur dulu?

Tanpa Nama berkata...

âÊ®šZ ã¿Š®šZ äQN¾šZ â±…
Undang-Undang Di Dalam Syariat



1. Rukun Islam 5 Perkara;

1.1. Dua Kalimah Syahadaah
1.2. Mendirikan Solat
1.3. Berpuasa Dalam Bulan Ramadhan
1.4. Menunaikan Zakat
1.5. Menunaikan Fardhu Haji Di Baitullah Bagi Yang Berkemampuan

2. Rukun Iman 6 Perkara;

2.1. Beriman Kepada Allah
2.2. Beriman Kepada Para MalaikatNya
2.3. Beriman Kepada KitabNya
2.4. Beriman Kepada Para RasulNya
2.5. Beriman Kepada Hari Akhir
2.6. Beriman Kepada Untung Baik Untung Jahat Daripada Allah Taala

3. Syarat Islam 4 Perkara;

3.1. Sabar Akan Hukum Allah
3.2. Redha Akan Hukum Allah
3.3. Yakin Dan Ikhlas
3.4. Mengikut FirmanNya Allah Menjauhi LaranganNya.

4. Membinasakan Islam 4 Perkara;

4.1. Membuat Sesuatu Kerja Tidak Diketahui
4.2. Diketahui Tidak Pula Dikerjakan
4.3. Tidak Tahu Tidak Mahu Pula Bertanya
4.4. Mencela-cela Orang Yang Berbuat Baik


5. Tanda Islam 4 Perkara;

5.1. Merendahkan Diri Sesama Islam
5.2. Suci Perut Daripada Makan yang Haram-haram
5.3. Suci Lidah Daripada Dusta
5.4. Suci Badan Daripada Tamak


6. Makam Syahadat 2 Perkara;

6.1. Syahadat Tauhid :-
äQN¾šZ RêIZ GäGšIZ Gê CwGZ H¬GÁC&GZ
6.2 Syahadat Rasul :-
äR¾šCZ HuCÂH"Ge @¬R¿G©H› RwGZ H¬GÁC&GZ

7. Rukun Syahadat 4 Perkara;

7.1. MengIsbatkan Zat Allah
7.2. MengIsbatkan Sifat Allah
7.3. MengIsbatkan Asma` Allah
7.4. MengIsbatkan Ef`eal Allah Dan Kebenaran Rasulullah

8. Membinasakan Iman 10 Perkara;

8.1. Menduakan / Mensyirikkan Allah
8.2. Menyangkal Diri Daripada Berbuat Kejahatan
8.3. Mebinasakan Islam Serta Diharuskan
8.4. Berdendam Bersalahan Tiada Mahu Bertegur
8.5. Meringankan Syariat Nabi Muhammad s.a.w.
8.6. Tiada Takut Gugur Iman
8.7. Menyerupai Pakaian Kafir Seperti Tali Leher
8.8. Putus Asa Daripada Rahmat Allah
8.9. Menyerupai Perbuatan Kafir
8.10. Memutuskan Diri Daripada Mengadap Kiblat

9. Pasal Menyatakan Taubat 3 Perkara;

9.1. Menyesal Daripada barang Yang Diperbuat Daripada Maksiat
9.2. Meninggalkan Segala-gala Maksiat
9.3. Janganlah Cita-cita Di Hati Lagi Maksiat Kembali Kepadanya.

10. Membatalkan Sembahyang 11 Perkara;

10.1. Berkata-kata Dengan Sengaja
10.2. Membuat Sesuatu Pekerjaan Yang Banyak
10.3. Makan Didalam Sembahyang
10.4. Minum Didalam Sembahyang
10.5. Kedatangan Najis Pada Badan Dan Pakaian
10.6. Tertawa-tawa
10.7. Terbuka Aurat
10.8. Membelakangkan Kiblat
10.9. Berubah Hakikat
10.10. Hilang Akal
10.11. Murtad

11. Haluan Kepada Allah 4 Perkara;

11.1. Menyerahkan Diri Kepada Allah
11.2. Melarangkan Diri Daripada Berbuat Haram
11.3. Beriktiqad Yang Baik-baik
11.4. Benci Akan yang Haram-haram

12. Haluan Kepada Nabi 4 Perkara;

12.1. Kasih Akan Aulia` Allah
12.2. Kasih Akan Rasul Allah
12.3. Solawat Kepadanya
12.4. Menuntut Segala-gala Fardhu

13. Haluan Pada Syurga 4 Perkara

13.1. Mengerjakan Kebajikan
13.2. Kasih Akan Aulia` Allah
13.3. Mengerjakan Suruhan Allah
13.4. Merendahkan Diri Kepada Mahluk

14. Haluan Pada Titian Sirotol Mustaqim 4 Perkara;

14.1 Berkasih-kasihan Dengan Sahabat
14.2 Berbuat Bakti Kepada Ibu Dan Bapa
14.3 Berpegang Kepada Kata – Kata Syarak
14.4 Jauhi Diri Daripada Segala-gala yang Haram.

15. Haluan Pada Neraka 4 Perkara;

15.1 Banyak-banyak Membaca Al-Qur`anul Karim
15.2 Menangis Akan Dosanya Yang Telah Lalu
15.3 Meninggalkan Segala-gala Maksiat
15.4 Menjauhi Daripada Segala-gala Yang Haram-haram.

16. Haluan Pada Kubur 4 Perkara;

16.1 Meninggalkan Umpat Mengumpat
16.2 Meninggalkan Dengki Mendengki
16.3 Meninggalkan Emas Dan Perak
16.4 Suci Daripada 2 Qadha`

17. Haluan Pada `Izrail 4 Perkara;

17.1. Taubat Daripada Segala-gala Dosa
17.2. Menyukakan Hati Orang Yang Mukmin
17.3. Membayar Qadha` yang Berkekalan
17.4. Berahi Pada Allah

18. Haluan Pada Timbangan 4 Perkara;

18.1 Belajar Ilmu Atau Mengajar Akan Dia
18.2 Suci Daripada Perkataan Dan Pakaian
18.3 Berbanyak banyak Syukur Akan Nikmat Yang Sedikit
18.4 Suka Dan Redha Barang Yang Di Datangkan Oleh Allah Apa-apa Kepadanya.

19. Haluan Pada Nunkar Dan Nakir 4 Perkara;

19.1 Mengucap Dua Kalimah Syahadah
19.2 Memberi Sedekah
19.3 Berkata-kata Dengan Perkataan Yang Benar
19.4 Membaiki Segala –gala Hati Orang Yang Mukmin

20. Haluan Pada Suratan 4 Perkara;

20.1 Jangan Bercakap Dengan Perkatan Yang Sia-sia
20.2 Memendekkan Cita-cita
20.3 Membanyakkan Puji-puji Kepada Allah
20.4 Membanykkan Sedekah

Membatalkan Air Sembahyang 5 Perkara;

1. Barang Yang Keluar Daripada Salah Satu Dua Jalan
2. Menjabat Zakar Atau Faraj
3. Bersentuh Kulit Lelaki Dengan Permpuan Hilat
4. Hilang Akal Sebab Mabuk Atau Pitam
5. Tidur Yang Tiada Tetap Kedudukannya.

㘣¥§› ¬¿©šZ ᳕
ø›£œ
qZf®šZ ¬¤“ ã… ãñc ®Ãº¹šZ
Ze•£ûÃ" åù£Œ w£À¿šZ ¬¤“ wZ† ⊮ñ äQN¾šZ wZy¬À•
.Ñš£' ã… ãñe£©… ÂŒ Æ• ye™ wZ† wZe¨œZ
ã¾Ã¤¿" z®½œ ä¾Ã• êZ˜
iizin2002okt

Air Setitik Team berkata...

Silahkan kunjungi blog kami di http://airsetitik.tk atau http://airsetitik.co.cc untuk referensi pengenalan diri.

Salam