PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Rabu, 7 April 2010

awal agama mengenal

Ketahuilah,saudaraku, "awaluddin makrifatullah" ertinya; Awal Agama itu Mengenal ia akan Allah. Soalnya, apakah Jalannya kita Mengenal Allah ? Jawabnya, ; Mengenal Allah itu iaitulah Mengenal Akan Dua Puluh (20) Sifat yang wajib iaitu;

SIFAT NAFSIAH - (1)
SIFAT SALBIAH - (5)
SIFAT MA`ANI - (7)
SIFAT MAKNUYAH - (7)


Maka inilah yang wajib dikenal diatas mukallaf lelaki dan perempuan yang berumur dari Lima Belas(15) Tahun yang telah akhir balighnya supaya mereka itu mengenal akan dua puluh Sifat yang wajib dan dua puluh Sifat yang Mustahil menjadilah 40 dan 5 harus lawannya 5 mustahil harus menjadilah 10 manakala disatukan 10 bersama 40 menjadilah ia akan 50 `Aqaidul Iman. Maka dapatlah kita Iman namanya.

Maka inilah yang dinamakan Ilmu Usuluddin, dan inilah bicara soal dan jawab :-

Soal : Dan apakah namanya Hukum Akal ?

Jawabnya: Adalah daripada Qur`an dan Hadis Nabi kita Muhammad s.aw. dan Qiasan Ijma`k Ulama` Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Soal : Dari mana pula Asal-asalnya keluarannya itu ?

Soal : Siapakah akan Sheikhnya ?

Jawabnya: Iaitu Imam AsSyaa`ari

Soal : Dan apakah hukumnya yang dituntut itu .

Jawbnya: Ialah Hukum Fardhu `Ain .

Soal : Dan apakah kaedahnya ?

Jawabnya: Ialah Jalan Mengenal Allah dan Rasulullah.

Soal : dan apakah kelebihannya itu ?

Jawabnya: Terlebih daripada sekelian Ilmu

Soal : dan apakah hambanya ?

Jawabnya: hingga ianya membezakan diantara Tuhan dengan Hambanya.

Soal : dan kemanakah pula akan hantarannya ?

Jawabnya: Kepada Allah dan Rasulullah .

Soal : dan apakah yang satu itu?

Jawabnya: iaitulah Usul Agama Islam adanya.

Tiada ulasan: