PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Isnin, 10 Mei 2010

NIAT SEMBAHYANG

Bermula niat itu dua bahagian. Maka iaitu Pertama niat wasal dan kedua niat wakaf. Ada pun niat wasal itu maka iaitu azali dan haqiki, ada pun wakaf itu maka iaitu abad dan mujazi. Bermula niat wasal itu terkandung dua martabat dan iaitu kamaliah dan ‘arafiah, dan niat mujazi itu terkandung dua martabat, iaitu tanzukyah dan bastiah, ketahui oleh mu (Usolli). Maka adalah padanya itu empat isyarat Seperti firmanNya, (Huwal awwalu wal ahiru wa zohiru wal batinu wahuwa bikullisyai in ‘alim) ertinya ialah yang awal, dan ialah yang akhir, dialah yang zahir, dan ialah yang batin dan ialah diatas tiap tiap suatu yang amat mengetahui. Ketahui oleh mu awal tiada permulaan bagiNya, dan akhir tiada kesudahan kepadanya, dan zahirnya itu terlebih sangat nyata atasNya. Dan batinnya itu tetap tiada berubah haqikat selama lamanya.

Ketahui, adalah ma’ana Usolli yang empat isyarat dahulu itu maka iaitu

1_khatar,
2_azam,
3_qasad
4_niat.

Inilah haqikat niat seperti kata Imam Nawawi yang bererti haqikat niat itu menyehaja sesuatu hal keadaan peserta dengan perbuatannya. Maka di dalam kawasan niat dinamakan Khatar dan berlambatan niat dengan feel dinamai ‘azam dan dahulu daripadanya dinamii akan dia qasad. Maka Apabila dimulai serta perbuatan itu dinamai akan dia niat (Al niatun bila harfin wala sautin) Bermula niat itu tiada dengan huruf dan tiada suara. Maka ketahui oleh mu Apabila takluk niat itu kepada maqam kamaliah, maka niat itu dengan tiada huruf dan tiada suara dan apabila takluk niat itu kepada maqam ‘arafiah. Maka ada huruf dan ada suara, dan apabila takluk niat itu kepada maqam bastiah, maka alamatnya itu ada huruf dengan tiada suara.

Apabila terhimpun yang empat iaitu bagi niat itu kepada dua maqam, Maka dinamakan alam suatu daripadanya (‘alamul halki) kedua daripadanya (‘alamul amri) suatu daripadanya alam fana’. Kedua daripadanya alam baqa’. Maka adalah suatu daripadanya alam fana’ itu padanyalah tertakluk niat tu’ziah dan bastiah maka keduanya itu batil jua. Dan kedua daripadanya alam baqa, padanyalah tertakluk niat kamaliah dan ‘arafiah. Maka kedua nya itu sahih disanalah hakikat huruf delapan. Ketahui oleh mu tiada sempurna segala amal kamu itu melainkan mengetahui dahulu segala yang tersebut itu serta tuntut sempurna iktikad kepada Allah jangan bersekutu dan syarak dan jangan tersesat.

Tiada ulasan: