Persoalan akan Tanda Allah Wujud;
Dalam membicarakan sesuatu itu kita tidak lari dari menerima beberapa persoalan yang sering dan kerapkali dikemukakan seperti Asal Usul atau mana yang terlebih dahulu. Misalnya;
v Pokok Dengan Benih ;
Pokok berasal daripada benih, benih pula berasal daripada pokok, jadi mana dahulu yang terlebih dahulu terjadi, Pokok atau Benih ?
v Ayam Dengan Telur ;
Manakah yang terlebih dahulu diantara Ayam dengan Telur? Ayam dahulukah atau telur dulu?
Kalaulah persoalan ini dipanjangkan, nescaya tentulah tiada keputusannya dan berkesudahan, manakah yang terlebih dahulu, ayam ataupun telur dan diantara benih ataupun pokok.
Soal mana dahulu dijadikan Allah, itu tidak penting, apa yang penting ialah salah satu daripada kedua-dua kejadian itu ada yang menjadikannya. Bahkan pada hakikatnya ini menunjukkan ada sesuatu kuasa yang mencipta asal kejadian tersebut, yakni Allah s.w.t. seperti FirmanNya dala Surah Al-Baqarah ayat 21-22 yang bermaksud;
“ Wahai Manusia ! Beribadatlah kamu menyembah Tuhanmu yang menciptakan diri kamu dan mereka sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi manusia yang bertaqwa. Tuhan yang telah menciptakan Bumi kamu tempat berpijak sekarang ini, Tuhan yang telah menciptakan Langit terbentang diatas kepala Mu, dan Tuhan yang menurunkan hujan daripada langit sehingga tumbuh-tumbuhan tumbuh dengan subur yang menghasilkan bermacam-macam buah-buahan untuk menjadi rezeki kamu. Maka janganlah kamu sekutukan Allah pada hal kamu mengetahuinya.”
Mereka yang tidak percaya atau ragu-ragu pastilah mempersoalkan tentang Wujudnya Kuasa yang boleh menjadikan sesuatu tanpa dilihat siapa gerangan yang menciptakannya. Umpamanya Allah menyatakan antara lain ialah;
1. Sembahlah Aku Dengan Maksud Beribadah KepadaNya,
2. Yang Menciptakan Manusia Sekarang dan Manusia yang Terdahulu,
3. Yang Menciptakan Bumi dan Menurunkan Air Daripada Langit,
4. Yang Memberikan Rezeki Daripada Air Yang Diturunkan Daripada Langit Lalu Menghasilkan Buah-buahan.
Bagi mereka yang tidak percaya kepada kuasa ghaib dan kepada mereka yang ragu-ragu akan kuasa ghaib serta kebenaran ayat tadi sudah pastilah mereka akan menyoal;
1. Bagaimanakah Hendak Menyembah Allah dan Mana Allah ?
2. Bagaimanakah Allah Mencipta Manusia Sedangkan Yang Mereka Tahu Kejadian Mereka dan Anak-anak Mereka adalah Melalui Hubungan Kelamin Antara Ayah dan Ibu.
3. Bagaimanakah Mahu Mempercayai Bahawa Allah Yang Menjadikan Bumi Dan Menurunkan Air Daripada Langit Pada Hal Manuisa Sendiri Tidak Pernah Melihatnya.
4. Bagaimanakah Mahu Mempercayai Bahawa Allah Yang Memberi Rezeki Sedangkan Yang Nyata Manusia Yang Berkuasa Menentukan Sendiri Usahanya Untuk Mencari Rezeki Masing-masing .
Untuk menjawab persoalan mereka yang ragu-ragu dan tidak percaya akan kewujudan Allah ini maka kita jangan cepat buntu tetapi carilah ilmu supaya tidak terjerat dengan kebuntuan akidah. Persoalan mereka ini bolehlah kita menjawab seperti begini;
1. Allah ada tetapi kamu tidak boleh nampak. Sebab Allah menyatakan bahawa Dia tidak menyerupai apapun, tetapi tetap Ia ada. Misalnya, kamu tidak dapat melihat angin, tetapi kamu tentu percaya bahawa angin itu ada.
2. Ayat-ayat yang dijadikan Bukti adalah sebenarnya ayat yang datangnya dari Allah, kerana sejauh ini tiada siapa mengakui bahawa mereka yang mencipta ayat itu daripada mula turunnya sehinggalah sekarang.
3. Bila matinya seseorang manusia itu ke manakah perginya kuasa dan usahanya ? Tentu tiada siapa yang mahu mati, tapi mengapa ia mati jua? Bila ia tidur mana pergi kuasanya ? Semuanya ini memang tidak dapat dijawab kerana kita tiada kuasa , lantaran itu kita mesti mengakui bahawa Allah jua yang berkuasa.
Firman Allah; Dan Di Bumi ada beberapa tanda Kekuasaan Allah Bagi Orang Yang Yakin. Dan di dalam Diri Kamu tidakkah Kamu Perhatikan ? Surah Azzariat 20,21
Tiada ulasan:
Catat Ulasan