1. Wujud( c‰y ) – ADA – Mustahil Tiada
Ertinya ialah Ada. Yakni Adanya Zat Allah. Sebagai seorang Islam kita wajib menpercayai bahawa Allah itu Ada. Dimaksudkan Dengan Ada itu ialah Yang Telah Sedia Ada. Firman Allah;
£G¿MÁGÀCÃG… £G›Gy IkCeGêCZGy I \ ZGÂG¿R±šZ GÝG¾G‹ CIRšZ HäQN¾GšZ
Allahul lazi Kholaqas Samawati wal Ardhi wama baina huma
Yakni; Allah jua yang menjadikan Tujuh Petala langit dan bumi dan barang yang ada didalamnya antara keduanya,
2. Qidam ( v¬– ) – SEDIA – Mustahil Baharu
Adapun dimaksudkan dengan Qidam itu ertinya Sedia. Yakni Allah itu Sedia Ada dengan tiada permulaan Wujudnya. Qidam Zat Allah adalah Qadim; Ertinya yang tiada Permulaan Wujudnya. Kalaulah Allah ada permulaan wujudnya maka tentulah Dia baharu (yang Ada Permulaan) yang demikian mustahil Allah itu baharu kerana yang baharu itu adalah yang dijadikan, dan yang Qadim itu adalah yang menjadikan sesuatu Firman Allah :-
âþ“ ÿç& á¼… „y ã‘£¤šZy ®„£¶šZy ®‹êZy uyêZ „
Hua Awalu wal Akhiru wazZhohiru wal batinu wahua bikulli Syai in `Alim; Surah Al-Hadid, 3
Dialah Yang Awal dan Akhir dan Zahir dan Batin dan atas setiap satu yang amat mengetahui adalah Allah – Awal tiada Permulaan dan Akhir Tiada Kesudahan dan Zahir Ia daripada segala yang Zahir dan Batin itu suci Ia daripada segala yang suci dan adalah Ia diatas setiap perbuatan seseorang yang amat mengetahui.
3. Baqa ( ƺ… ) – KEKAL – Mustahil Binasa
Adapun dimaksudkan dengan Baqa` itu ialah Kekal. Yakni Allah itu Kekal dengan tiada kesudahan. Allah yang bersifat Baqa` dinamakan Baqi` yakni kekal tiada kesudahan buat selama-lamanya. Kalau Allah tiada Baqi` tentulah Dia lemah dan ada kuasa yang lain yang boleh mematikannya, maka ini adalah Mustahil Ia Binasa, Firman Nya
…….…. ã‘£¤šZy ®„£¶šZy ®‹êZy uyêZ „
vZ®˜êZy u먚Zd ß…e ä‰y 纤ñy w£¹ £Áþ“ ã› á˜
Kullu man `alaiha `fanin wa Yubqa`u Wajhu robbika zal jalalli wal ikram.
Maka yakni setiap sesuatu yang ada di atasnya binasa dan kekal Zat Allah pada Ia lah Kebesaran dan kemuliaan.
Ayat ini juga menjelaskan kepada kita tentang tanda-tanda bahaa Allah itu ada di Bumi dan ada didalam Diri manusia. Tanda-tanda ini merupkan yang nyata dan yang ghaib. Tanda-tanda yang nyata ialah adanya bumi, gunung ganang, bukit bukau, lautan dan sungai. Diatas kepala kita ada pula matahari, bulan, bintang dan planet-planet yang dapat dilihat daripada bumi. Semuanya ini mustahil terjadi dengan sendirinya kalau tiada Allah yang menjadikan. Namun begitu tiadak ada makhluk yang pernah kita dengar mengakui menjadikannya. Ini menyatakan tanda-tanda yang amat nyata.
Manakala tanda-tanda yang ghaib pula ialah adanya angin atau udara yang tidak pernah dapat dilihat dengan mata kepala kita tetapi tetap ia ada. Tanpa angin dan udara pasti semua kehidupan tidak mungkin hidup. Air laut tidak mungkin pasang dan surut. Nafas yang menjadi sumber hayat kita tanpanya kita tidak akan hidup. Rasa masam, manis, pahit dan tawar semuanya ada tetapi tidak dapat dilihat dengan mata.
Adalah Allah itu Yang Maha Ghaib yakni Ghaibul Ghuyub Dia tiada sama seperti Alam yang dijadikan Nya dan tiada sesiapapun yang dapat menyelidiki walau dengan apa cara sekalipun. Akal manusia tidak akan dapat dan mampu mengetahuinya.
4. Mukhalafatuhu Taala LilHawadis(]cZ©¾š äĹš£ª›) – Tiada sama dengan yang baharu
Adapun yang dimaksudkan dengan Mukhalafatuhu Taala LilHawadis itu ialah bahawa Allah itu Tiada Sama / bersalah-salahan dengan Sekelian Yang Baharu. Jikalau Allah sama dengan sekelian yang baharu maka bukanlah ia itu Allah. Necaya Dia adalah baharu jua atau pun Dia Makhluk. Mustahil Bersamaan, FirmanNya
®Ã³¤šZ Úÿ±šZ „y Yç& ä¾±¿˜ ÔÚ
Laisa Kamislihi Syaiun wahuas Samiul Basir. Surah Assyura, 11
Yakni Tiada diseumpamakan segala sesuatu bagi Zat Allah dan Ia lah yang amat mendengar dan amat melihat. Iaitu tiada bandingan bagi Allah setiap sesuatu yang mana bersalah-salahan pada pengetahuan dan angan-anganan atau barang yang terlintas diatas hati mereka itu yakni al-Kholiq yang bersalahan pada Zat Nya pada Sifat Nya dan pada If`el Nya.
5. Qiamuhu Taala BiNafsihi ( ä±¹À… 䛣Ö ) - Berdiri Zat Allah Taala dengan sendirinya Adapun yang dimaksudkan dengan Qiamuhu Binafsih ini ialah Berdiri dengan sendirinya. Dia tiada memerlukan kepada sekelian yang baharu. Jika Dia memerlukan kepada sekelian yang baharu Lemahlah Ia. Mustahil Allah itu lemah. Firman Nya;
……vÂúšZ ç©šZ „ êZ äšZ ê äQN¾šZ
Allah, Tiada Tuhan Selain dari Dia Yang Hidup Dan Yang Berdiri Dengan Sendiri
ãÿš£·šZ ã“ DçÀ¸š 侚Z wZ
Inna Allaha La Ghaniun `Anil `Alamin.
Yakni bahawasanya Allah Taala itu Amat Kaya daripada sekelian Alam. Yakni ertinya berdiri dengan sendiri itu ialah Allah Taala tiada berkehendak kepada Zat dan Sifat tiada berkehendak kepada If` ael. Maka kaya Ia daripada Zat dan Sifat, If`ael. `Ainul Mutlaq. Tiada berkehendak sesuatu daripada sesiapa.
6. WaAhdaniah ( æÃœ¬Š1y ) - Esa Zat Allah (TUNGGAL) – Mustahil Berbilang
Adapun Wahdaniah itu Se Mustahil berbilang-bilang bahkan juga tidak bersusun-susun dan bersilih ganti dengan yang lain. Jika Dia bersifat seperti itu tentulah Dia Lemah dan bukan Tuhan NamaNya. Tuhan yang disembah tetapTunggal. Sebab itu kita jangan sekali-kali cuba membayangkan atau memikirkan bahawa ada Tuhan yang lain selain dari Allah Yang Esa. FirmanNya: ¬ŠZ äQN¾šZ „ á–
Qul Hua Allahu Ahad…..
Katakan Olehmu Ya ! Muhamad Tuhan itu Se. Yakni Se pada Zat, Se pada Sifat, Se pada If`ael. Ertinya berbilang-bilang pada Zat pada Sifat pada If`ael begini jikalau dibilang-bilang satu sampai tiga iaitu belum sempurna hakikat WaAhdaniah, dan jika dibilang tiga kepada satu barulah sempurna hakikat WaAhdaniah, ertinya Dia lah Zat, Dia lah Sifat dan Dialah If`ael itulah Hakikat WaAhdaniah itu adanya.
âÊ®šZ ã¿©šZ „ êZ äšZ ê ¬ŠZy äšZ â¼ÁšZy Surah Al-Baqarah, 25
Tuhan Kamu itu adalah Tuhan Yang Tunggal, tiada Tuhan Selain Dia Yang Amat Pengasih dan Yang Amat Penyayang
5 ulasan:
Assalamualaikum..mana lagi yer sambungan nye??ade 6 jer ni...
ader tapi kene simpan dulu jika ader yg minat bru sambung....banyk mende nak sembang nie..
sy respon ni maksudnye adelaah yg berminat.. :)
salaam..ni 2nd trial ... sy berminat...kire boleh sambung lagi tak?
hmmm nampaknye sy kene pegi beli sendiri laa buku kat kedai...
Catat Ulasan