PERINGATAN & AMARAN!!!!

Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.

Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....

Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!

adakah kita faham kedudukan kita.

Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......

pasif income

Khamis, 29 Januari 2009

KENALI DIRI MAKA KENAL ALLAH

MENGENAL ALLAH MELALUI MENGENAL DIRI


Satu cara daripada mengenal Allah ialah dengan Mengenal Diri Sendiri. Maksud Diri itu ialah mengenal Diri yang Sebenar Diri. Adapun yang dimaksudkan Diri Sebenar Diri itu bukanlah Diri manusia yang lahiriah, kerana Diri Lahiriah itu tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah. Iaitulah Diri yang Batin yakni Diri yang datang dan kembali kepada Allah.

Siapa yang mengatakan menuntut ilmu Mengenal Diri itu salah. Bererti mereka belum lagi mengenali dirinya. Setiap yang tidak mengenal dirinya sesungguhnya orang itu masih didalam golongan kafir dan masih menjadi hamba kepada Syaitan dan Jin. Bukannya mereka menjadi umat Muhammad dan hamba kepada Allah Taala. Oleh itu wahai saudaraku kaum Muslimin dan Muslimat bahawasanya Ilmu Ketuhanan itulah harta bagi dirimu. Bekalan bagi diri kamu daripada kandungan ibu sampai ke alam ini. Daripada alam ini sampailah kembali ke alam Akhirat oleh itu tiada siapa pun yang boleh menegahkan kita menuntut dan mencarinya. Kerana ianya adalah haq milik kita yang tulen.


Sedangkan bangsa lain pun diseru supaya mengikut ajaran Islam. Sedangkan Rasulullah pun pernah berkata; tuntutlah oleh kamu akan ilmu Ku ini walau ke Negeri China sekalipun. Begitulah besarnya harapan Rasulullah kepada umatnya supaya mereka semua jangan sesat didalam agamanya sendiri.

Tiada siapa yang boleh mengenal Allah jika kita belum lagi mengenal diri dengan senyata-nyatanya. Janganlah setakat kenal mulut, hidung, telinga, tangan dan kaki sahaja ini bukannya mengenal diri. Yang dikatakan mengenal diri itu ialah mengetahui daripada mana asal usul dirimu dan mana yang dikatakan dirimu yang batin itu apa tugasnya terhadap kita. Oleh itu berfikirlah baik-baik kerana Ilmu Ketuhanan ini bukannya untuk sehari dua sahaja malah untuk bekalan kita di Dunia dan Akhirat.

Sesungguhnya barang siapa kenal dirinya dengan kekal, maka sesungguhnya ia kenal Tuhannya dengan binasa. Maka barang siapa makrifat kepada dirinya maka setinggi tinggi makrifat itu beroleh akan dirinya jua, maka dinamai akan dia kekal selama lamanya. Barang siapa makrifat kepada Tuhan, maka beroleh binasa ia. Ada pun orang yang makrifat kepada Allah, maka tiada ia didalam dirinya, dan tiada keluar ia daripada diri, tetapi tiada ia kenang akan dirinya, dan tiada ia melihat akan keadaan Tuhannya, hanya ia binasa itu lenyap jua daripada keadaan dirinya.

6 ulasan:

SFR berkata...

salaam..
boelh jelaskan detail lagi untuk perenggan yg terakhir? sy sukar nak faham...

Tanpa Nama berkata...

kene berdepan semuka citer dr awal tiada permulaan, akhir tiada kesudahan, zahir teramat nyata, batin tak berubah

mas_2ez berkata...

sila maklum blog ini akan dikunci utk tatapan umum kene daftar utk episod akan datang BAYAN DIRI dan topik yg panas

Tanpa Nama berkata...

Diri yang mana tu bro...?
Kenapa lak kunci halaman ni...
Bukalaa...

mas_2ez berkata...

"INNA LILLAHI INNA ILAIHI RAJIUN"
datang dari allah maka kepada NYA kita rujuk(kembali)
? apakah yg datang itu....
dan apakah yg akan kembali....

Zewl berkata...

Ilmu ini kalau di cerita pada org umum akan di tuduh sebagai kafir. Inilah ilmu yang sebenar2 ilmu. Ayah saya pernah berkata, "ayah tkde tanah nk bagi, ayah tkde duit byk nk bagi, ayah tkde harta benda nk bagi tpi ayah cuma ada 'harta' ni saja. Harta yg tk ternilai oleh apa2 skali pun..Jgn bercerita pada org yg bkn ahlinya. Takut terjadi fitnah..".