HAKIKAT =>Mengenal Diri iaitu diatas tiga perkara ;
1. Diri Azali itu ibaratnya seperti keadaan kapas
2. Diri Terperi itu ibaratnya seperti keadaan benang
3. Diri Terdiri itu ibaratnya seperti keadaan kain
"man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu",
ertinya, barang siapa mengenal akan dirinya akan mengenal Tuhannya.
Maksudnya ia menyuruh kita mengenal akan diri dengan sebenar-benarnya dahulu. Umpamanya ialah diri makrifat hamba. Yang bernama Diri Terdiri mengenal akan Diri Terperi dan Diri inilah yang akan mengenal diri yang sebenar-benarnya Diri Azali. Barulah nyata sebenarnya mengenal diri dan musyahadahlah diri Insan itu Ia Mu Ia Aku telah nyatalah Aku sifat Mu itu nyawa kepada Aku tiada Mu tiadalah Aku asal Aku daripada Mu kembali Aku kepada Mu. Maka ghaiblah Aku didalam kalimah Tauhid "LA ILAHA ILLA ALLAH" timbullah didalam kalimah Rasul "MUHAMMADAR RASULULLAH". Maka setelah kita nyata akan segala-galanya barulah kita menunaikan kewajipan. Kerjakan apa yang disuruh dan jauhilah perkara yang dicela oleh syarak. Inilah sebenar-benarnya dikehendakki oleh agama Islam.
Dikalangan Ulama` Tasauf atau Ulama` Ilmu Ketuhanan selalunya menyarankan “Carilah Diri Kamu Di Dalam Diri” bermaksud menyuruh kita mencari Diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita sudah kenal Diri ini yang sebenarnya pasti kita mengakui Hakikat Allah.
Diri Rohani atau kebatinan dalam Diri manusia itu sendiri yang perlu dikenali oleh setiap mereka. Diri ini tidak dapat dilihat dengan mata lahiriah manusia. Walaupun dalam al-Quran Diri ini disebut dengan berbagai nama dan istilah namun tujuannya untuk memperingatkan manusia supaya berfikir betapa luasnya Diri didalam Diri Manusia. Cuma fungsi dan peranan hidupnya sahaja yang agak berlainan sedikit. Diri itu dilengkapkan oleh Allah dengan Sifat-sifat untuk dinilai sama ada baik ataupun tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan