Ketahui olehmu, adalah Kalimah La Ilaha Illa Allah itu mengandungi agama, iaitu seperti iman dengan sebenar benarnya, dan Islam dengan sebenar benarnya Islam, dan tauhid dengan sebenar benarnya tauhid, makrifat dengan sebenar benar makrifat dan inilah dikatakan dia La Ilaha Illa Allah, maka sebab itulah firmanNya didalam hadis qudsi bererti, bermula lailahailallah itu kota Aku dan barang siapa masuk akan kota Ku nescaya sentosa ia daripada azabKu, kata setengah ‘arifinbillah bermula orang yang berkata dengan kata Lailahilallah dengan tiada ikhlas dan benar maka kena azab ia, kerana adalah mereka itu menyembunyikan syahadat daripada mereka, seperti firmanNya yang bererti jangan kamu menyembunyikan syahadat dan barang siapa menyembunyi kan dia, maka berdosa hatinya. Dan ada pun murrad daripada menyembunyikan syahadat itu pada mereka yang tiada ketahui asal syahadat, dari kerana ikrar dengan niat maka feel hamba serta perbuatan keduanya itu baharu jua. Dan kata setengah ‘arif , mengatakan , syahadat itu terbahagi kepada tujuh.
1. Bahagian yang pertama, mereka yang mengucap syahadat dan beriman, mereka itu tidak Islam.
2. Kedua, mereka yang mau mengucap syahadat dan Islam mereka dengan tiada beriman.
3. Ketiga, mereka mengucap syahadat dan beriman. Bermula mereka itu tauhid dengan tiada makrifat.
4. Keempat, mereka itulah mengucap syahadat , makrifat mereka dengan tiada tauhid dan tauhid mereka dengan tiada ikhlas dan benar, tiada mereka tahu membezakan antara benar dan salah, tidak tahu membezakan antara makrifat dan haqikat dan tiada tahu membezakan sesuatu bersamaan dengan yang lain, mereka bergelombang didalam laut mukhalafah.
5. Kelima mereka mengucap syahadat serta mengaku Tuhan yang disembah dengan sebenar benarnya. Menyimpan didalam hati hasad dan dengki riak dan takbur , semaah, ujub dengan manusia sama ada Islam atau kafir. Maka itu dinamakan munafik pada syahadat.
6. Ke enam mereka mengucap syahadat dan mengaku menyembah dengan sebenar benarnya Allah. Maka meringan ringankan syariat Nabi dan engkar dari pekerjaan syarak dan tiada ia menzahirkan amal daripada anggota, maka dinamakan Zindiq batin.
7. Ketujuh mereka yang dinamakan ahli sunnah waljamaah dan mereka mengucap syahadat dan arif pada Allah dan pada syariat yang zahir dan syariat yang batin, maka adalah mereka itu pada syariat yang zahir dinyatakan amal kepada zahir anggota, iaitu saperti hukum.
Amrubilmakruf iaitu dipesuruh mengerjakan wanahi ‘anilmungkar, hentikan barang yang dilarang, syariat batin mereka itu antara diri dengan Tuhan , maka suci dari segala yang dicemar pada hati mereka. Maka jadilah hati mereka bersih seperti kanak kanak serta tetap dengan nafi dan isbat seperti firman Allah (Syahidallah ‘annahu lailahailla hu ). bagi mereka itu lah kesudahan syahadat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan