Empat Anasir Kejadian Manusia
FASAL ini pada menyatakan kejadian manusia dijadikan Allah subhanahu wa taala daripada empat anasir. Pertama tanah, perangainya dingin serta kering. Maka adalah insan itu saunda ertinya hitam, iaitu di dalamnya dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dan basah. Maka tandanya orang itu kurus, tubuhnya nipis, banyak pekerjaannya, kurang tidur, tiada dapat ia sabar daripada kerja jimak. Maka ada baginya mudarat yang besar; maka adalah asal kejadiannya daripada perangai tanah. Dalam tubuh manusia tempatnya pada almak, maka perangainya itu tubuhnya sihat.
Anasir yang keduanya api; perangainya panas serta kering. Maka adalah pada insan itu safrun iaitu air yang kuning, maka iaitu panas serta kering, asal kejadiannya dari¬pada perangai api, yang di dalam tubuh manusia tempatnya pada hempedu. Maka tandanya orang itu segera barang kerja dan lakunya, dan segera pada jalannya, lagi terang hatinya. Orang itu panas tubuhnya, kurang tidurnya, barangkali banyak di dalamnya panas daripada kering. Maka adalah warnanya kuning.
Air, anasir yang ketiganya, perangainya dingin serta basah. Maka adalah pada insan itu balgam,@ Dahak iaitu dingin serta basah. Asal kejadiannya daripada perangai air, dalam tubuh manusia tempatnya pada paru-paru. Maka adalah perangai balgam itu tambun, iaitu banyak dingin dan basah, dan kurang dalamnya panas dan kering. Alamat orang itu tambun tubuhnya, banyak lemaknya. Sebab perangai basah padanya, maka orang itu banyak tidurnya, segan ia pada barang pekerjaannya, dan lambat jua, lagi kurang fahamnya.
Anasir yang keempat iaitu angin, perangainya panas serta basah. Maka adalah pada insan itu darnawi ertinya darah, iaitu panas serta basah. Maka adalah asal kejadiannya daripada perangai angin, yang di dalamnya tubuh manusia, tempatnya pada hati. Bahawa tubuhnya orang itu nipis, tiada tebal, iaitu banyak panas serta basah, dan kurang dalamnya angin dan kering. Maka orang itu tiada tambun; kurang dagingnya; banyak darahnya; banyak perolahannya; pekerti¬nya sederhana.
Mengetahui Asal Penyakit
Fasal ini pada menyatakan sekalian sakit dan demam di dalam tubuh manusia; kerana angin, darah, balgam dan pitam, ialah yang menyampaikan pergi mari sakit dan demam pada segala tubuh. Maka barang siapa hendak mengubat, mahulah diketahui dan difahami demamnya pada segala tubuh manusia itu. Akan asal penyakit itu daripada bulan satu, bulan dua, bulan tiga dan bulan empat, maka empat bulan itu demamnya sebab anginlah menjadi pohon penyakit; dan jika bulan lima, bulan enam bulan tujuh dan bulan delapan, sebab darah menjadi pohon penyakit itu. Maka pada bulan sembilan, bulan sepuluh, bulan sebelas dan bulan dua belas, maka empat bulan itu sebab asalnya penyakit itu dari¬pada balgam yang menjadi pohon penyakit. Maka tiga per¬kara inilah pohon penyakit pada segala tubuh manusia. Ada¬pun angin itu, tempatnya pada pusat hingga sampai ke dada¬nya; dan akan balgam itu tempatnya pada pusat hingga sampai kekakinya, inilah asal tempatnya kedua penyakit itu. Wallahu a'lam.
Bab ini jikalau seseorang itu dapat sakit pada pagi-pagi, maka sakit itu sebab anginlah asalnya. Jikalau seseorang itu sakit pada petang hari, sakitnya itu sebab bai gam asalnya.
Adapun jikalau pada petang, sakitnya balgam dengan bercam¬pur angin. Adapun jika siang sakitnya, sebab angin dengan darah bercampur.
Bermula jika sakit itu sebab angin, maka demikianlah afaalnya; Pertama gementar tubuhnya, pening kepalanya, menggeliat tubuhnya, berdiri romanya, sakit kedua rusuk dan perutnya, lagi kerap tiada mau makan nasi, melainkan hendak minum air jua, dan matanya pun hitam, kulit perut¬nya hitam, kukunya pun hitam; pengecapan mulutnya pun kelat, dan lagi renggang dagunya, sakit dan batuk tiada keluar balgam, maka yang demikian itu angin afaalnya.
Adapun jikalau sakit itu dari sebab darah, maka demi¬kian afaalnya: Pertama panas tubuhnya dan haus hendak minum air jua. Duduk tiada khabarkan dirinya dan menggigil tubuhnya, dan nafasnya pun deras. Demikianlah afaalnya sakit sebab darah.
Jikalau sakit itu sebab balgam, demikian afaalnya: Per¬tama mengerang dan lagi demam kura dan angin; makan nasi tiada mau, dan sejuk tubuhnya, pengecapan mulutnya pun manis; tatkala pagi-pagi hari maka demam, berdiri romanya; maka yang demikian itu afaalnya sebab balgam. Adapun jikalau sakit itu bercampur angin dengan darah, maka jikalau orang itu sakit pada bulan lima, bulan enam, bulan tujuh, atau bulan delapan, maka empat bulan itu sakitnya sebab hampir dengan darah. Jika hendak tau akan penyakit orang sakit itu, maka tanda-tandanya ialah keras kulitnya, biji mata¬nya merah atau kuning, lagi haus hendak minum air, dan tidurnya tiada nyedar ; dan lagi tubuhnya kuning, kesungai besar dan seni pun kuning, dan bibir mulutnya kembang, kerana sebab hempedunya itu mendidih.
Maka sebab afaal hangat dan hempedu itu, maka akan ubat yang diberi minum pada penyakit yang demikian itu: Pertama ambil akar terung pipit, akar bika, akar maja, akar ekor tupai, akar temu kunci, akar terung asam, akar ku usan, yakni pohon bunga kemboja gunung ada putih bunganya, dan akar johar; sekalian itu ambil sama banyak, dan buah saga kenderi tiga puluh tiga biji. Sudah itu, maka rebus semua ramuan ubat itu, beri surut airnya tiga bahagi, yakni tinggal sebahagi. Kemudian beri minum, mualat, yakni berulang- ulang hingga habis, insya-Allah taala segera afiat.
Adapun jika sakit, sebab angin dengan hempedu bercam¬pur, demikian afaalnya: Pertama pening matanya dan kuning warnanya; kering lehernya, dan romanya berdiri, makan nasi tiada lalu. Akan ubatnya penyakit itu, iaitu angin yang ber¬campur hempedu ialah: Pertama ambil akar lenggundi, akar dewa raja, jaha lawi, jaha gelang, kabirah. Ramuan itu ambil sama banyak dan direbus dengan tiga heling air, maka beri surut dua bahagi, tinggal sebahagi. Apabila sudah hampir sejuk maka beri minum, mualat (berulang-ulang); insya-Allah taala afiat.
Sekiranya sakit itu datangnya pada bulan sembilan, bulan sepuluh, bulan sebelas, atau bulan dua belas, maka empat bulan itu sakitnya ialah dari sebab angin, keadaannya tiada boleh tidur dan menggigil tubuhnya. Lagi pula sakitnya pada kepala dan sakit seluruh tubuhnya, barang dimakan tiada sedap pada mulutnya, dan tidak boleh ke sungai besar, demikianlah afaalnya penyakit itu. Akan ubatnya, berilah ubat minum, iaitu: Pertamanya yang diberikan minum bagi penyakit angin yang demikian itu ialah, ambil halia dan hujung atap, serai, akar terung pipit dan akar terung asam, sekalian itu agak banyak. Kemudian rebus semuanya, airnya diminum berulang-ulang sehingga habis. Insya-Allah taala segera afiat.
Jikalau sakit itu dari sebab angin bercampur dengan balgam maka buat ubat ini beri makan: Pertama ambil putar¬wali, suntang, ketumbar, akar ekor tupai, dan cendana putih. Sekalian ramuan ubat itu ambil sama banyak, kemudian titik¬titik dan rebus, airnya beri susut hingga separuh bahagian. Apabila sudah disejukkan beri minum berulang-ulang sehing¬ga habis. Insya-Allah taala segera sembuh.
Adapun jikalau sakit itu sebab angin dengan balgam ber¬campur menjadi bengkak-bengkak pula, maka ubatnya: Ambil akar ekor tupai, halia, hujung atap, jaha, tangki, jintan putih, jintan hitam, dan buah melaka. Sekalian itu ambil sama banyak dan direbus, masukkan sertanya madu sedikit, inggu, sedikit belerang bang, dan lada tujuh biji. Maka asah semuaya itu. Sudah itu perahkan pada mata bengkak itu, insya-Allah taala afiat.
PERINGATAN & AMARAN!!!!
Maklumat dan info dalam blog ini adalah koleksi peribadi dan pengalaman hidup dalam likuan menjalani ilmu ketuhanan.
Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....
Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!
adakah kita faham kedudukan kita.
Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......
Sebarang keraguan hendaklah dibawa berbincang, jangan kita menghukum atas dasar ketidakfahaman pada sesuatu....
Beza Islam Jati & Islam Baka!!!!
adakah kita faham kedudukan kita.
Ambil info jika memberi manfaat dan faedah, abaikan dan usah ditinjau kesini jika ia mengganggu gugat minda anda......
1 ulasan:
asalamuaikum.. sy ada terbaca catitan diblog awk, ingt sy bertanye soalan, sebahagian cacatian di sini sy baca mengatakan niat itu tiada berhuruf dan tiada berupa, dan bila tak luk pada tazukyah ai berhuruf dan berupa. jd bagaimana ia dikatakan ia berhurup dan berupa sedangkan dlm catitan ini ada meyatakan jgn mengenkutukan pada benda yg lain.? boleh bg peneragan sikit?
Catat Ulasan